Thursday, 21 August 2014

Gossip Hangit lagi Melekitttt...

at 00:10 0 comments
Assalamualaikum w.b.t..

   Dear diary...i miss u..
        Rindunya aku padamu wahai sang diari hati..banyaknya cerita yang masih tak terluah padamu..hanya kau tempat aku berkongsi rasa. Sang diari,, kau tahu..sepanjang minggu praktikal yang telah aku lalui, minggu ni minggu yang paling menguji ketahanan jiwa dan mentalku. Sedih, Marah, Kesal, semuanya aku rasakan kala ini.

       Kisahnya bermula minggu lepas, bila pihak sekolah wajibkan kami sertai perkhemahan untuk pelajar dan guru praktikal ditugaskan di kem tu. Dan aku, bertugas sebagai sentri. Maksudnya kena jaga student pada waktu malam. Jadi malam pertama kem tu berlangsung, aku telah berjaya menjalankan tugasku dengan jayanya. Dan tragedi ini bermulaaaaa...pada hari kedua, yang mana pagi tu kami ade jungle trekking. Aku adalah cikgu perempuan yang paling lambat, tu pun sebab ade masalah teknikal yang sangat3 tak dapat dielakkan. Jadinya aku berada di barisan yang paling belakang, dan belakang aku ade beberapa cikgu lelaki lain. Keadaan aku masa tu telah menghalang aku untuk berjalan dengan cepat. Jadinya, adalah seorang cikgu lelaki who still bachelor and available yang stay belakang sekali. Yela, takkan ckgu tu nak biarkan aku tertinggal sorang-sorang pulak kan. Mau aku nanges guling-guling dalam hutan tu.

       Dan sepanjang perjalanan tu kami ade la jgk borak-borak, tp mase tu dy peramah sangat ( sebab aku dengar cikgu ni xrajin bercakap dengan orang baru, lagi-lagi cikgu praktikal). Sungguh aku berterima kasih la pada dia sebab ada stay blkg aku as a protector..h0hoho.. Tapi, entah macam mana, aku diGOSIPkan pulak dengan dia. Berdasarkan cerita yang aku dengar, masa sampai kat satu kawasan lapang untuk berkumpul, student kami cakap ' Cikgu S, jaga Cikgu Umi tu baik2' dan dia ade buat respons yang orang laen tak pernah terduga. Aku memang xtahu la sebab masa tu aku tengah terkial-kial nk turun bukit dan dia still kat atas bukit (belakang aku)..Kannnnn...punyela protect aku..choiii...DAN disebabkan peristiwa tu laa aku dikatekan bercinta atas trek dengan cikgu tu..Ohhhh my goshhhhhhh !!!!

     Kami merupakan team yang paling lewat sampai ke kem.. Tu pun disebabkan ad student injured n sakit perut..kami yang belakang2 ni jalan slow la untuk cover diorang. Sesampai kt kem, aku terus masuk chalet tuk mandi n tukar baju memandangkan kami semua dah bergelumang dengan lumpur. Lepas siap semua baru aku keluar andddd....mase tu la aku da tahu yang SATU KEM heboh pasal cikgu S vs cikgu Umi...adoiiii....dan ini berterusan sampai habisnya kemmmmm...hhuhuhu..

      Aku ingat bile da habis kem, da mula sekolah, semuanya dah senyap dan tamat tapi sesungguhnya sangkaanku MELESET. Cikgu-cikgu lelaki dan perempuan terus gosipkan kami. Student xyah cakapla..asal jumpe aku je tny, 'cikgu S mane cikgu?' stresssssssss tahuuu??? erghhhhhh...

      Dan tadii..mase perhimpunan kokurikulum awal pagi, cikgu S datang dengan kepala yang botak..agaknye malam tadi la kot dy cukur kepala dy tu..Ahhhh...ape aku kisahkan..tak kena mengena ngan aku pun,..huhuhu..tp yang tak bestnyaa...masuk staffroom,,ckgu2 lelaki terus mengusik kate cikgu S tu bayar nazar sebab da jumpe jodoh....Astaghfirullah....aku hanya mampu geleng kepala je...pening kepala aku dengan semua ni...alahai...bile lah nk tamat semua gosip ni...kalau betul2 takpe la jugak kan..ehhhhhhhh..gatal ko yumie :3 :3

     Nanti 30 Ogos, InsyAllah akan hiking ke Gunung Nuang pulak..tak sabar rasanya..Harap mase tu gosip ni tak dimarakkan lagi sebab aku dengar cikgu tu pun pergi jugak..huhuhu....haaa...ni adalah antara gambar masa kem PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM SMK SULAIMAN 2014 yang diadakan pada 15-17 OGOS 2014 di Kuala Lurau Champ & Chalet (KLcc) Janda Baik, Pahang.













Wednesday, 16 July 2014

PRAKTIKUM sudahhhhh

at 08:33 0 comments
Assalamualaikum w.b.t...

   Tadaaa...syukur Alhamdulillah..hari ni dah 16 Julai 2014, maknanya dah 3 hari aku di SMK Sulaiman, Bentong untuk menjalankan praktikum selama 4bulan kat sini. Syukur ke hadrat Ilahi sebab dari awal aku ngn Azizah Zahra link dengan sekolah ni, sekolah bagi feedback yang sangat positif, sampai asrama pun dapat sbg tempat tinggal sementara kat sini. 

   Walaupun ni da hari ke tiga, tapi sebenarnya ni hari ke 2 kami jadi cikgu, al maklumlah semalam cuti Nuzul Al-Quran. Hari pertama datang memang perasaan tu excited sangat..tak terkata taw..Tapi yang sedihnya, datang-datang pejabat terus kne naek ke tapak perhimpunan. Tu biasela kan, hari Isnin, perhimpunan wajib. Yang tak tahannya, lepas perhimpunan pengetua jumpa kitorang, terus kena marah sebab lambat lapor diri. Uwaaa...mane la kitorang tahu yang lain da lapor diri dulu. Naseb laa pengetua tu ok je..xmarah terus. 

   So, lepas lapor diri, kitorang masuk balek la ke pejabat. Dengan muka blurrr, cuak, nebes yang bercampur2 tu, ingat pengetua nak jumpa tapi naseb die ade tetamu...SELAMATTTTTTT..hahaha.. Then, ade sorang cikgu lelaki tu datang dan edar jadual bagi cikgu-cikgu praktikum ni. Owhhh..lupa nak cakap, kat sini ade TUJUH (7) pelajar UPSI yang buat praktikum, course campur-campur la tapi untuk course Pengajian Malaysia dengan Pendidikan cukuplah aku dengan Azizah Azhal. Alhamdulillah diberi kepercayaan untuk ajar Sejarah Form 1&4 ngn Sivik Form2 dan setinggi-tinggi SYUKUR pada Allah sebab tetapkan ini untuk aku. Aku yakin dan percaya, sejuta hikmah yang terkandung dalam perancangan Allah. Bersangka baik sebab mengikut hadis Qudsi, "Aku adalah pada sangkaan hamba-hambaKu"..kan Allah sebaik-baik perancang...tak gituuu???? :)

   By the way, sekarang aku tengah pulun baca n cari maklumat pasal Sejarah tingkatan 1 ni...Allahurabbi...lupe da banyak mende..InsyAllah ade kesempatan, akan kuluah lagi rasa hati ni melalui tarian jari jemari. Untuk BELOG CIK YUMIE ni...aku sayang kauuuu...terima kasih sentiasa jadi diari hati aku. Doakan kejayaanku di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Salam.


Friday, 20 June 2014

Dah Habis Semester 6..

at 22:48 0 comments
Assalamualaikum w.b.t..

       Hari ni, tanggal 20 Jun 2014..pengakhiran kisah untuk semester ke 6 di Universiti Pendidikan Sultan Idris ni. Alhamdulillah wa syukurillah :) Masa cepat sangat berlalu..membawa perasaan yang berbunga-bunga. Berbunga la sangat..hahaha. Alhamdulillah untuk kegembiraan dan kebahagiaan yang Allah telah kurniakan pada aku. Dalam suka ada duka. Tapi kita tak patut menyelar riang hati yang Illahi kurniakan..ye dop ? Madah sangattt...:)

       Hari ni paper terakhir untuk kami, Pelajar Semester 6 Pengajian Malaysia dengan Pendidikan ! paper 'Kaedah Penyelidikan Sains Sosial'. Entahla..aku bedal je ikut akal aku ni berbicara. Moga kputusan exam kali ni mampu tambah kegembiraan aku. Sedih wuu...pointer susut je tiap-tiap sem. Bebal sangat ke aku ni? alahai..tu lah..pemalas tahap super saiya kan..kan da mendapat..hehe..6 Sem dah berlalu..lepas ni perjalanan hidup aku diteruskan di sekolah pulak..sebagai guru praktikum. Aduhhh..nalen laa..da cukup ke ilmu aku ni? 

       Entahlah..hari akhir ni, peperiksaan akhir ni..aku tengok gelagat kawan-kawan yang nak berpisah..sayu ade.sedih ade..takde perasaan pn ade..wohaa ! Haha..kawan-kawan ade yang nanges-nanges, mintak maaf, say goodluck. Alahai..macam da berpisah untuk sem8 je kan. Kami da nak berpraktikum. Masing-masing dengan haluan sendiri, demi mencapai cita-cita. Harap semester 7 ni akan berlalu dengan pantas dan baik. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Aminn..

       Moga dipermudahkan dalam mengejar cita dan cinta yumie..:)

Saturday, 24 May 2014

MIMPI BURUK

at 01:02 0 comments
Assalamualaikum...

   Blog ini aku cipta khas untuk menjadi luahan untuk apa yang aku rasa, yang aku ingin jadikan ia sebagai satu kenangan pd masa hadapan. Aku tak perlukan blog yang meletop, traffik yang tinggi, dan bukan aku namanya yang ingin dipuja puji oleh orang lain. Aku selesa begini. TAK dikenali dan dipandang sepi, meskipun terkadang aku sunyi. Tapi itu lebih baik...:')

   23 tahun aku menyelusuri hidup ni.. Banyak dugaan yang mencabar kekuatan hati. Saat tu, memang AIR MATA yang setia temani aku. Tapi Alhamdulillah..Allah terus..terus..teruskan perjalanan hidup aku sampai aku melepasi dugaan tu, dengan rasa yang puas, dan tika itu, aku sendiri tak pasti sejauhmana aku bersyukur dengan kekuatan yang Allah pinjamkan pada aku. Terasa aku masih lupa diri. :'(  Saat ini, hatiku kembali sedih. Kosong. Aku tahu kenapa. Aku tahu. Tapi aku rasa nak menangis lagi. Boleh tak ? ? ?

   Aku harap mimpi tidur tadi.., Hanya sebagai MIMPI. Tapi aku terkesan..Hari-hari yang berlalu sekarang..semakin menyesakkan aku. Susah tidur malam. Entah kenapa makin hari makin teruk keadaan ni dan bila dapat lelapkan mata, aku dihantui dengan MIMPI BURUK ! Lemas.. aku lemas. Takut. Sedih. Sampai kadang-kadang aku takut nak lelapkan mata. Takut nak tidur.

   Hari dulu, aku mimpi ajal sampai. Dalam mimpi tu sendiri aku tengok mcm mana aku 'pergi'. Aku 'rasa' aku tengok jasad aku yang 'takda nyawa' tu. Menakutkan. Ngeri ! Bangun tu, aku menangis. Kenapa aku mimpi macam tu. Kenapa mimpi sejauh tu. Kenapa menghantui aku.

   DAN tadi, masa aku tidur, aku mimpikan sesuatu yang smpi skrg buat hati aku tak keruan. Bila aku teringat, tak semena2 aku menangis. MIMPI tadi menakutkan. Sungguh ! Aku berada di satu tempat yang luas..sangat luas..umpama padang pasir. Suasana tempat tu umpama fajar terbenam..langit merah. Aku tak nampak sesiapa. Seorang pun. Hanya aku. AKU ! Ya Allah. Rasa apa masa tu? Kosong ! dan bila aku pandang depan, ada sebuah menara, yang sangat besar dan tinggi. Sungguh tak tipu. Tapi aku perasan sesuatu pada menara tu. Kalimah ALLAH. Aku rasa takut. Menangis dalam mimpi tu. Aku harap semua tu mimpi. Tapi aku tak terjaga pn. Aku tetap di tempat tu. tempat yang aku rasa sangat takut. Banyak kali aku celik tutup mata dgn harapan aku tgh bermimpi. Tapi aku tetap di tempat tu. Aku ingat aku dah kat padang masyar da.huhu..Mase tu minta ampun,minta Allah bagi aku hidup balik (sebab aku rasa macam aku dah mati kat tempat tu). Lama. Lama sangat aku kat tempat tu sampai aku jadi takut yang teramat. Tiba-tiba aku TERSENTAK. Aku tjaga dari tidur dengan keadaan aku betul-betul terkejut. Aku tengok sebelah, roomate aku tgh tidur lena.

   Aku dah bangun. Aku da sedar. Aku dah kembali. Bila bangun tu aku rasa lega.. Tapi rasa kosong. Mimpi apa yang aku alami tu. Pelik. Menakutkan keadaannya. Bukan sebab menara yang ada kalimah Allah tu. Tapi aku takut tempat tu. Satu kawasan yang luas umpama padang pasir yang rata. Rasa roh aku dah kembali dari perjalanan yang panjang. Syukur Alhamdulillah..roh aku kembali dan TAK PERGI untuk selama-lamanya dari jasad aku.

::.. Ya Allah, Berikan aku kesempatan untuk berubah. Aku takut untuk kembali dalam keadaan yang buruk :'( :'( :'(


   Bila teringat mimpi tadi, terus aku teringat pada buku ni. Beli dah lama, tapi tak habis baca lagi. Mungkin aku patut baca n faham isi kandung buku ni dan mengamalkan..
:( :(

Friday, 9 May 2014

Semester 6 sudaa..

at 18:48 1 comments
Assalamualaikum...

   Semalam, 8 Mei 2014 slip exam da dikeluarkan..tadaa..This is the slip :)


   Sedar tak sedar, masa cepat meninggalkan aku. Rasanya macam baru semalam segerombolan family hantar aku ke UPSI ni masa hari pendaftaran 7 September 2011 dulu. Terbayang-bayang lagi ayah, abang, angah, cidot, iwan, intan, emy and ibu tersayang angkut barang2 ke tingkat 2 Kolej Ungku Omar yang lama dulu. Masa tu, perasaan aku teruja sangat. Yelah..mulakan kehidupan sebagai seorang siswi dengan HARAPAN keluarga pada aku memandangkan aku wakil pertama yang berjaya masuk universiti. Suka, Gembira. Teruja. Semua bercampur baur.

   Tapi tu dulu..sekarang dek rentetan masa yang kian laju berputar, hari 'pertama' aku sebagai siswi tu dah berlalu hampir TIGA tahun dan aku pun sekarang dah 23 tahun. Umur pun da meningkat..huhuhu..Btw, exam kali ni adalah kedua terakhir sebelum aku akan menghabiskan sesi menuntut ilmu dan pengalaman di bumi Muallim ni. SEMESTER 6 ! dan selepas ni Insya-Allah aku akan berpraktikum pulak. Kemudian masuk UPSI semula utk semester 8 --> FINAL YEAR !!!

   Alhamdulillah..sepanjang aku kat sini, banyak sangat kenangan,pengalaman,erti hidup yang aku lalui  yang suka,duka,gembira, frust tertonggeng2. Semua ada. Allah bagi aku kesempatan untuk merasainya. Syukur sangat3. Tapi seiring masa berlalu, semangat aku turut melayang dibawa arus masa. Semangat nak belajar tak lagi seteguh dulu. Seringkali terhakis dek perasaan2 yang lagha,yang aku sendiri TAK berusaha nak atasinya. 

   Aku harap,aku masih mampu merubahnya.. :( Aku selalu leka sampai aku lupa aku 'pikul' harapan mereka yang nak tengok aku berjaya and then ubah kehidupan kami. Terlalu banyak pengorbanan wang ringgit, perhatian dan kasih sayang yang mereka dah curahkan pada aku. Tapi aku kat sini, masih terumbang-ambing cari diri sendiri sedangkan masa dah lama 'membunuh' aku. Cuma untuk peperiksaan kali ni, aku harap aku mampu berusaha dan sediakan senjata yang ampuh untuk 'memeranginya'. Moga ada restu dan keredhaan ibu,ayah dan ahli keluarga aku yang lain yang jadi semangat aku disini :)



Thursday, 8 May 2014

Bicara Tentang Hati (Bah. 2)

at 06:29
SAMBUNGAN Bicara Tentang Hati (Bah.1)

   Apa yang aku mampu lakukan bila dia muncul tegur aku..tanpa rasa bersalah, tanpa apa-apa penjelasan..? sungguh..HATI AKU RAPUH, LEMBUT..mudah anggap semuanya ok..mungkin tu sebab kenapa aku selalu jadi mangsa permainan dia. Aku sendiri tak dapat nak keraskan hati aku. Pada aku, biarlah aku yang makan hati, asalkan dia ada. Tapi kehadiran aku? Pernah ke dia hargai? Entah..tak berani nak persoalkan. Takut menangis lagi kot.

   Dan pasal gadis tu, aku sampai sekarang tak boleh nak hadap muka gadis tu. BENCI ? tak.. Aku tak benci gadis tu. Tapi aku tak nak langsung tengok mukanya. Bila aku tengok gadis tu, aku akan salahkan gadis tu dalam keretakan ‘HUBUNGAN’ aku dengan dia. Meskipun aku dan berusaha untuk berbaik dengan gadis tu, aku mencuba..bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali yang akhirnya aku menyerah sebab aku tahu aku tak merasai ikhlas untuk menerima keadaan yang berlaku. Aku tahu, dia dah tak rasa apa yang aku rasa, perasaan dia pada aku dah pudar. Bukan setakat PUDAR, tapi mungkin dah HILANG terus dari hati dia..mana tahu kan..?? Satu perkara yang aku akui, sejak aku dengan dia. Aku tutup pintu hati aku pada orang lain meskipun ramai yang mencuba. Bodohnya aku kerna terlalu YAKIN dengan ‘sayang’ yang dia berikan. Selalu aku TANYA SAMA HATI, betul ke aku masih berharap..dan jawapannya aku selalu buntu. Aku sendiri tak tahu perasaan aku. Sakit..sakit sangat rasanya. Tapi, adakah dia peduli ? Yang paling jelas dan nyata, dia tak akan like atau komen pada post-post aku di FB. Tapi kalau post2 gadis tu, mmg xlekang la nama dia yang jadi pengelike setia. Tak puas hati ? Tak..aku xrasa gitu.. cuma aku tertanya..kenapa aku..aku..dan aku..? 

   Kadang-kala aku rasa ingin mengintip takdirku..supaya aku tak kecewa di kemudian hari. Tapi aku tahu, Tuhan merahsiakannya..agar aku berusaha mencipta takdir yang indah..seiring dengan kemahuanku dan yang paling penting, dengan keredhaan-Nya.

   Sungguh sekarang aku semakin menerima keadaan yang berlaku..dah lama ku pujuk hati..semuanya dah berakhir. Walaupun kadang-kadang aku rasa aku masih ada harapan. Tapi dia selalu sedarkan aku…HARAPAN tu cuma ANGAN-ANGAN tak mungkin akan jadi KENYATAAN. Walaupun aku kecewa dengan apa yang berlaku..tapi entahlah..ada sesuatu yang tak terungkap dengan kata-kata. Sesuatu yang menyebabkan aku setia menerima dia seadanya walaupun dia hancurkan hati aku dengan kejam. Dalam situasi macam ni, aku tak pasti sama ada aku ikhlas atau tak dengan penghujung kisah ini. Sedih, pilu, kecewa..tapi reda dan pasrahnya entah dimana. Selalu aku berdoa agar diberi kekuatan….untuk melupakan segalanya. Tapi mungkin itu ujian yang Tuhan bagi, sama ada aku mampu atau tidak dan hakikat sekarang..MAAFKAN AKU. AKU TAK PEMAAF SEBEGITU. Biarlah dia dan gadis tu nak cakap aku itu ini..hakikatnya itu aku. Hipokritnya aku biarlah aku yang faham sendiri mengapa.

   Dan untuk dia, bila ditanya kenapa aku masih setia disini..aku nak dia tahu..ada sesuatu yang masih belum selesai. Perjalanan kita di UPSI ini masih panjang dan aku masih pegang janji dia di awal perkenalan dulu, jadi teman sepanjang kita di sini. Kalau dia lupa, takpa..aku maafkan..:) dan untuk gadis tu, kenapa aku taknak hadap+bertentang mata dengan kau, bukan kerana aku terlalu bencikan kau,,tapi aku nak jaga hati aku dari terus menyalahkan kau..biarlah aku tak jumpa gadis tu lagi kalau tu cara untuk aku senangkan hati semua pihak.

   Untuk dia, kenapa aku persoalkan tentang ‘tanggungjawab terhadap apa perbuatan yang kita lakukan’, sebab ada perkara yang kita tak boleh abaikan di dunia. ‘Benda’ tu akan dipersoalkan di akhirat atas tiap-tiap perbuatan yang kita dah lakukan. Aku tersentap bila ada kawan yang cerita pasal dunia akhirat pada aku tadi. :’(  Dulu aku fikir, lepas lupakan segalanya, aku akan tenang tapi nyata aku silap, kesilapan lalu menghantui aku..hari demi hari..saat demi saat..sampai aku lemas,aku penat. Aku harap dia tenang, baik-baik saja kt sana.


   Banyak sebenarnya yang aku nak dia tahu. Tapi aku yakin, dia pn tak pernah berusaha nak amik tahu pasal apa yang aku rasa. Terkadang aku selalu menyalahkan diri sendiri dengan ape yang terjadi. Tertekan. Kenapa jd mcm ni? Ape salah aku smpai jadi gini? Tapi takpelah. Yang pasti, dia dah pergi dan lepas dia pergi tinggalkan aku sendiri mcm ni. Aku dah SIMEN pintu hati aku. Sejak dia pergi, tak pernah ada pengganti dan tak mungkin ada. Dan dengan siapa JODOH aku, aku pn tak tahu. Serik rasanya nak bagi peluang pada yang sudi menjadi pengganti. Biarlah aku disini. Sampai masa aku akan pergi, tanpa pamitan, tanpa pesan. Dan tika waktu tu jika dia rasa aku masih untuknya, doakanlah semoga ada jodoh antara kita. Jika tak,…MATILAH ENGKAU DALAM HATIKU.

Bicara Tentang Hati (Bah.1)

at 04:44
Assalamualaikum...

   Entah kenapa, pagi ni terasa ni meluahkan sesuatu.yang terbuku dalam hati, terpendam selama ni. Tentang seseorang yang pernah menghuni hati ini. Mungkinkah sekarang dia masih lagi ada dalam hati aku? Allahuaklam..aku sendiri tak pasti. 

   Perkenalan aku dengan dia bermula sejak semester 1 aku di UPSI, dengan kata lain, dia lelaki pertama aku kenal sejak melanjutkan pelajaran di menara gading. Permulaan kisah yang sangat-sangat indah. Terlalu manis untuk dilupakan. Entah macam mana, dari sebagai kawan, perasaan tu bertukar kepada sayang. Dia ? dari perhatian n perbuatannya ditambah dengan risikan kawan-kawan, aku PERCAYA dia punya rasa yang sama. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Aku terus leka dengan perasaan ni. Leka dengan 'kasih' dan 'perhatian' dari dia. Sampailah pada akhir semester, aku ingat lagi 16 Disember 2011. "Malam Kebudayaan Pengurusan Ko". Aku rasa ade yang tak kena. Aku tengok dia mesra dengan seseorang. CEMBURU ? mungkin. Bila hati da mula sayang kan. Apa tindak tanduk dia yang berlainan kita pasti akan perasan. Tapi pada kiraan aku, mungkin aku yang salah faham. Cemburu yang entah apa-apa walhal dia bukan hak aku pun. Tapi bila difikirkan cara layanan dia pada aku,..aku berhak kat dia 'someone special'. 

   Dua-tiga hari lepas tu, gadis yang aku rasa 'semacam' dengan dia mesej aku kat FB and aku yang punya telus,jujur dan berbai sangka ni layanla gadis tu dengan baik. Kawan sekelas kan. Anggap jela dia nak berkawan lagi-lagi semester 1, sem untuk tambah kenalan. langsung TAK fikir apa-apa pasal gadis tu dengan dia. Tapi lama-lama entah macam mana, Tuhan nak tunjuk kot..Aku tahu jugak pasal Dia dan gadis itu. PERASAAN aku ? boleh dikatakan umpama udang yang panas dibakar. dan SEJAK itu. perasaan aku pada dia jadi sesuatu yang aku sendiri tak pasti. SUKA, MINAT, SAYANG atau CINTA ??? dan sejak tu, aku selalu menangis bila fikir ape yang dia dah buat pada aku. Apa yang dibuat, biarlah tersimpan di lipatan hati dan kalau dia tahu apa yang dia buat, Alhamdulillah..sekurang-kurangnya 'anda' tahu apa yang 'anda' lakukan.

"KEPERCAYAAN UMPAMA GELAS KACA, SEKALI IA JATUH BERKECAI,TAK KAN MUNGKIN AKAN KEMBALI KE BENTUK ASAL"

   Bagi aku, terlalu banyak janji-janji, ayat manis dia bagi pada aku dulu, henfon Sony Ericson yang rosak tu menjadi saksi. Kalau henfon tu boleh on lagi, tgok dalam inbox, cuma mesej dia je yang aku simpan. Tapi sayang, henfon tu pn da rosak..tinggal kenangan..sama seperti perasaan dia pada aku dulu mungkin, kenangan semata. 

   Sahabat-sahabat aku jadi saksi berapa ribu kali air mata aku tumpah disebabkan dia. Ada yang marah aku, kenapa aku tetap ada untuk dia walaupun macam-macam dia lukakan hati aku. Kenapa aku tetap ada disaat dia nak cerita sesuatu walaupun aku tak faham,walaupun aku penat, bersengkang mata semua tu tapi saat aku perlukan dia,saat aku perlukan teman utk luahkan perasaan, aku tercari-cari mana dia. dan akhirnya..AKU TETAP HAMPA LAGI. Aku ingat lagi, semester 3..dia ada bagi emel and pasword satu FB dia. Aku xbuka pun sejak hari pertama dia bagi. Tapi entah kenapa satu petang tu, masa aku ke cafe utk online, aku tergerak nak log in FB yang dia bagi..tengok dekat mesej, ade conservation dia dengan gadis tu. Ber'abg', ber'adik'. Sungguh aku cemburu. Tapi layak ke aku cemburu? cemburu aku tak siapa yang peduli pun. Dalam conversation tu dia bgtahu kat gadis tu yang " abg da lepaskan mie"..maksudnya, dia cakap dekat gadis tu yang dia dah LEPASKAN aku, TAK ADA APA-APA dah dengan aku. Dan dengan sekelip mata, air mata aku tumpah lagi. Pedulik ape kat orang sekeliling yang tengok aku menangis pandang skrin laptop. Aku tutup laptop, terkesima, terpaku. Berlari aku ke rumah yani kat tingkat 3,blok 6 KUO. Sesampai aku kt bilik dia, terus aku peluk yani. MENANGIS..mengongoi aku sambil peluk dia seerat mungkin. Sungguh aku lemah..hancurnya hati. SEBAB apa??? sebab MESEJ DIA BAGI PADA GADIS TU.

   Hati aku hancur..sebab dia tak pernah kata pada aku yang dia dan aku dah tak ada apa-apa. Tapi pada gadis tu, dia kata dia dah lepaskan aku. APE CERITA ni? Hati aku dia main-mainkan macam tu je..Aku tekad, tekad taknak da ade ape-ape dengan dia. Pada dia aku dah tak bermakna. Sapa yang tak sedih kan, bila orang yang kata nak jaga aku kat sini masa awal-awal perkenalan dulu,orang yang bg harapan nak buat aku selalu gembira,suka tapi dia jugak yang siat-siat sekeping hati ni. Hari-hari sedih berlalu. Tap selang beberapa hari kemudian, dia datang balik. Dan apa yang aku lakukan...???


SAMBUNGAN di Bicara Tentang Hati (Bah. 2)

Monday, 28 April 2014

Berat Nanang Mu Yumie...

at 02:08
Assalamualaikum...

    Aduhhlaa weyy..dah kenape kau ni yumie oiii...umo tu baru 23++ tapi pelupanya nauzubillah..macam umo 73 dah..ape la nak jadi. password facebook pn boleh lupe. tapi rasanya aku mana ada tukar pasword fb aku..huhuhu..tak kan ada orang yang pedajal aku punya fb pulak kan. Ade ape je dalam fb tu...merepeklahh..ni mungkin salah aku kot..aku tak sedar aku tuka password kot...tp mustahil laaaaaa....Alahai..tu fb official aku laa...25 OKTOBER 2010 aku buat facebook tuu..dekat 4 tahun aku xpenah ade masalah dengan fb tu,ni kenapa tiba-tiba jadi gitu.

   Astaghfirullah...sedar..sedar..sedar..kau manusia biasa jee...banyak kelemahan kan yumie? huhuhu..Aku takut la pulak bile fb ni jadi gini..tp Alhamdulillah la aku da privatekan gambar-gambar aku. Tapi harap-harap lah semua yang terjadi ni salah aku,bukan sebab ada gatal tangan nk hack. Aku risau yang tu jee..Ya Allah..selamatkanlah..permudahkanlah..rasa nk deaktif fb je bile dpt msuk blek fb tu. Yang aku pk skrg ni,,aku nak delete gambar-gambar dalam tu..moga takde 'orang' yang main-main dgn fb tu.

ALLAH..LINDUNGI AKU, SELAMATKAN AKU, TUTUPLAH AIBKU..Ameenn..

Friday, 25 April 2014

Hidup adalah untuk menuai kebaikan, bukan Penyesalan...

at 02:34
Assalamualaikum...

   Amboii..title nak gempak je kan..huhu..btw, aku sebenarnya terkesan dengan ayat tu. 'Hidup adalah untuk menuai kebaikan.' Tapi, bila kite refresh balek masa kita yang berlalu, adakah kita da menuai kebaikan dalam hidup kita ? Pandang cermin, tengok semula muka kita yang cantik ciptaan Ilahi ni. Muhasabah diri sendiri.huhu.. Actually, perasaan aku tengah berkocak, bergelodak masa tulis entry ni. :'(

   Sedih, menyesal bla3..semuanya bergabung. Aku ada baca dalam buku tanda-tanda akhir zaman kalau tak silap ( tak boleh nak confirmkan sebab buku ada kat kampung..huhu), umat akhir zaman ni umpama buih dilautan, ramai tetapi lemah. mudah diperkotak-katikkan. Tak payah tuju ke orang lain, pandang diri sendiri pun tahu da...huhu...takutnya bila muhasabah diri sendiri. Banyaknya penyesalan aku berbanding kebaikan yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku ni. Bila berubah, memang boleh berubah tapi ISTIQAMAH itu sungguh aku payah. Allahu..apa yang boleh menjadi saksi amalku bila nanti aku menghadap-Mu? :'(

   Entahlah..penyesalan itu terbuku di hati.. tak terluah dek masa..bila mengenangkannya, automatiks aku akan sedih. Ya Allah..moga sakit yang aku lalui sekarang sebagai kaffarah dosa-dosaku dan semoga ianya menjadi surat cinta dari-Mu untuk aku kembali ke pangkal jalan. Act 18 April lepas aku dah buat minor operation untuk ketumbuhan di part of my body and now, luka operate tu makin kering and ok..Alhamdulillah.

   Semalam, 24 April, aku tak boleh tido lagi. :'(  Tak dinafikan, kesukaran untuk tido adalah penyakit/masalah yang telah lama sebati dengan aku. Orang kata kalau susah tido ni tanda kita ni ada mengalami gangguan. Wallahua'lam la..Nauzubillahi minzalik. Then bila tak dapat tido tu, aku rasa tertekan sangat. Menangis jadinya. Nampak tak tu yumie? Kau tak redha bila Allah uji.Tu baru sikit kan..And last, PENYESALAN juga yang aku rasa. Sebab apa? sebab tu la..aku menyesal sebab banyak mengeluh dari redha. Kan patutnya aku rasa bahagia,bersyukur dengan ujian dari Ilahi tu. Sakit kan tanda Allah sayang kita and InsyaAllah sebagai kaffarah dosa-dosa kita. Yelah, dosa aku kan da bertimbun-timbun. Kalau la dosa tu Allah zahirkan, mahu nya lagi tinggi dari gunung Everest dan lagi BUSUK dari bangkai sehinggakan tak ada satu manusia pun sanggup mendekati kita dek busuknya dosa-dosa kita tu :'(

Terima Kasih Allah sebab menutup aibku selama ini. Moga Kau tutup jua aibku di AKHIRAT nanti. Insya-Allah :')

   teringat kata salah seorang kenalanku, Wana Anabella (FB) bila dia tanya pasal minor operate aku minggu lepas, katanya :
                        " u r chosen from many of people. Allah love u.. Sakit kaffarah dosa jga tanda KASIH SAYANG Allah..Allah rindu nak dengar DOA dari mie..U such a good gurl n daughter.."

lepas aku baca ayat tu, terus aku tersedar. Tu la kan..jauhnya aku tersasar, lamanya aku terleka. Insaf cuma hangat-hangat tahi ayam je..huhu..Allah..Allah..Allah...dakaplah hatiku..AKU INGIN MENCINTAI-MU dan kekasih-Mu, RASULULLAH S.A.W. :')

Thursday, 20 March 2014

MIKROTEACHING.

at 01:00
Assalamualaikum cinta..

   Hari ni, 19 Mac 2014 aku kena buat mikro pengajaran untuk kursus Pengajaran & Pentaksiran 2 (KPD II). Perasaan ? Urmm..seyesly..nervous,gugup,lack of confidence, semua bersatu..huhu..selalu aku muhasabah, kenapa aku tak punya keyakinan diri yang tinggi terutamanya bila berhadapan dengan orang-orang sekeliling. Mikro je pun, belum makro lagi..belum praktikal... and the most important, belum betul-betul jadi cikgu lagi. Macam mana nak jadi cikgu, tengok orang pun takut..haisshh.. :-(

   Untuk mikroteaching tadi, i'm the first..haa..cuak tak cuak kate kau ! dah la sem ni baru aku masuk kelas tu. Allahu..lecturer ok je..tp mungkin aku yang xde confidence self..:(  As first persons confirmlah aku terkial-kial nak buat tu. Tapi tu bukan main problems aku, the main problem is how to face the boys in the class. OMG~~ aku segan sungguh. 

   By the way, syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan. sekejap je 7minit tu berlalu. So that i really feel released..wahhh.. :D Tapi sungguh,even dah lepas pun turn aku, aku rasa nk repeat balek mikro teaching tu. Rasa banyak sangat kelemahan n kekurangan aku mase buat tugaan tu. I hope i've the chance and will do better than today.

   Cik Umi Khalsum..please believe in yourself. You will do it well. I love myself 

-yumie mie-

Friday, 14 March 2014

belajar memBLOG (^_^)

at 21:07
Assalamualaikum..Salam 14 Mac :)

   Hari ni aku jadi CIKGU ! Cikgu pade someone, that is Mr.A. He's one of my partner since i was here, in UPSI ! Entah kenapa tiba-tiba dia nk create blog sendiri. Mybe bosn..x pun dia nk luahkan perasaan kecintaan dy t'hadap bola sepak/futsal..hee..whatever la. Asalkan dia puas hati. Tapi geram ngn mamat ni. Agaknya memang dari mule kenal matlamat dy nak buat aku sebal sokmo kot. Sabar jela. :-/

  Tak pasal-pasal blog aku dah bertambah. Dah satu hal nak mendeletekan blog tu. Aku ni da la rabun ICT. Buat blog aku reti. Nak delete camne pulak? Aduhai awak ni pun. Saje kann..Marah ni..marah..h0hO..
Aku pn bukan reti sangat bab-bab blog ni. Blog ni pn berapa kurun sekali baru aku tengok. Lagipun blog ni tuk aku tulis ape yg aku rasa bukan untuk publisiti et.all..means,its my own life diary n i did it for myself. :)

  By the way MR.A, welcome to my life. Ehh..welcome to the blog. Nanti kite sama-sama belajar update blog ye. Chill (^_^)7

Thursday, 9 January 2014

UJIAN..Adakah aku Redha ?

at 22:22
Bismillahirrahmannirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Ya Allah..sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui. Aku mohon pada-Mu supaya aku tergolong dalam golongan hamba yang bersabar. Aku diuji lagi. Maha Suci Allah yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Ya. Allah pilih aku untuk diuji. Tapi kenapa aku sedih? kenapa aku semacam tak redha dengan ujian ni? Aku cuma insan biasa. Hamba Allah yang tak punya kekuatan melainkan dengan pertolongan dari Allah.

Hari ini..9 Januari 2014. Aku terdetik untuk buat medical check-up. Baru-baru ni aku perasan ade satu benjolan di tubuhku. Awalnya aku sangkakan tu biasa. Aku abaikan je. Tapi entah kenapa rasa tak sedap hati. Terdetik nk pergi check. Semalam aku pergi ke klinik Nabilah dekat depan padang UPSI. Tapi takde pulak doktor perempuan. Nak cek dengan doktor lelaki aku segan. Sebaik-baiknya kita jumpalah doktor yang sejenis dengan kita kan. Aurat tu perlu dipelihara melainkan keadaan yang betul-betul darurat. Itu salah satu matlamat aku dalam kehidupan aku. Menjaga auratku sebaik mungkin. Zaman jahiliyyah dulu, biarkan ia berlalu, menjadi rahsia aku dengan yang Maha Kuasa. :'(

Berbalik kepada cerita tadi, memandangkan hari ni Dr perempuan on-call, jadinya aku terusla minta nk buat rawatan. Lebih kurang dalam 10 minit aku tunggu, nama aku dipanggil. Aku masuk dengan rasa yang berkecamuk. Takut, berdebar-debar. Semua ada. Tapi senyuman yang Dr. Elyani bagi masa aku nk duduk tu dapat buat hati ni sedikit tenang. Dr tanya aku apa yang aku rasa. Lepas cakap itu ini, Dr kata aku kene jumpa pakar. Astaghfirullah al-azim. Teruk sangat ke sampai kena jumpa pakar semua ni. Rasa nak menangis ada. Tapi Dr suruh refer pd Klinik UPSI dulu. Kat Klinik UPSI pn Dr cakap benda sama. Allahurabbi... Moga-moga aku tak apa-apa. Lindungilah aku Ya Allah..:'(

Aku takut. Takut nak jumpa pakar. Takut nak tahu kenyataan apa yang sebenarnya jadi. Dalam kepala aku ni da fikir MATI je. Takut mati ? YA..aku memang takut mati. Sebab apa ? Sebab aku tahu dan aku yakin, bekalan amal aku masih kosong. Ibadah aku masih melopong2. Kalau aku mati, apa yang aku nk bawa tuk masuk kubur nnti. Macam mana aku nak menjawab dengan malaikat Munkar Nakir ? Diseksa,dipukul, dipalu atas kesalahan sejak kita akil baligh. Ya Allah. Aku takut. Aku takut diberi suul khatimah. Aku tak nak penghujung yang buruk Ya Allah. Aku taku dosa-dosaku tak terampun di dunia ni. Jadi bagaimana aku boleh berlapang dada bila memikirkan soal MATI ???

Cuma aku mohon, Allah bagi aku kesempatan. Untuk berbakti kepada ibu bapaku. Untuk memohon maaf dari orang yang aku sakiti dan tersakiti. Melunaskan hutangku pada mereka. Ya Allah..jadikanlah aku tergolong dalam golongan hamba yang Engkau kasihi.

::..YAKIN ! Allah tak akan membebani diluar kemampuan hamba-hamba-Nya...::

Tuesday, 7 January 2014

K.A.W.A.N..Apa ertinya engkau padaku..

at 03:05 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

       6 Januari 2014..Unofficially hari ni exam untuk semester 5 da berakhir. sebenarnya ada lagi exam 11hb ni, English Language 4..tapi just an objective paper..boleh kot goreng2. Tapi insya-Allah tetap ada sedikit persediaan untuk menghadapi peperiksaan tu ^_^.

       Sebenarnya entri kali ini adalah untuk menceritakan sesuatu. Sesuatu yang bermain dalam minda, dalam hati. Refer pada tajuk blog la kan.Luahan Rasa di Sangkar Hati. Jadi, blog ni pun sebagai medium untuk meluahkan apa yang aku rasa supaya satu hari nanti, aku akan ingat balik apa yang terjadi sekarang, sebagai pengajaran dan berubah ke arah lebih baik.

      Back to the main point..cehh..speaking konon..hehe..effect untuk last paper la ni kot. Tak pe la..untuk mengukuhkan lagi BI aku yang berterabur ni sebenarnya. Aminn.. Sebenarnya entri ni nak cerita pasal tadi, masa aku keluar dengan seorang kawan ni. Kawan yang aku kenal since semester 1 and one of my bestfriend. Dialah yang selalu ada dalam susah & senang aku. Pendek kata, dia memang kawan yang baik. And dear friends, i just want you to know, you are the best and i love u most :)  Aku suka bercerita dgn dia baik hal study, kawan-kawan, kehidupan, ekonomi + politik (sebab kami amik course sama,Pengajian Malaysia dengan Pendidikan), isu-isu semasa, masa depan & banyak bendalah. Tadi topik kami borakkan adalah pasal kawan. K.A.W.A.N. Kita semua ada kawan kan ? Tak kisahlah kawan rapat atau pun tak atau kawan atas nama kenalan. Tapi bila bicara pasal kawan. Terkadang ia terlalu sensitif, terlalu sukar untuk difahami. Kann ?

       Sungguh. Aku memang selalu rasa macam tu. Aku mengaku, aku bukanlah seorang yang peramah. Kadang-kadang aku tak pandai nak menghargai erti kawan atau sahabat tu. Mungkin disebabkan tu, aku selalu memandang erti kawan tu tak sama dengan orang lain. Kalau nak kemana-mana atau nak buat apa-apa, aku prefer buat sendiri. Pada aku, aku tak nak & tak akan menyusahkan orang lain untuk kepentingan aku. Tak sampai hati nak susahkan kawan contoh mintak kawan teman aku padahal i can do it on my own !  Dan disebabkan ni la ada seorang insan tu selalu kata aku ni bersendirian + takda kawan..sampai hati dia..huhu..

      Kadang-kadang kita susah nak jaga hati kawan kita walaupun dalam hal yang paling remeh. Kann ?? Pasal kawan tikam belakang, kawan mengata kawan yang lain, kawan terasa hati dengan kita, kita terasa hati dengan kawan. Pada aku, semua ni biasa dalam konteks persahabatan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula tali persahabatan. Tapi macam mana kita nak hadapi situasi ni. Macam mana kita nak bersangka baik dengan kawan kita. Jangan mudah terpedaya dengan muslihat syaitan yang nak merosakkan kita dalam pelbagai cara. Kan3 ?

       Teringat aku pada kata-kata Yang Bahagia Ustaz Mohd Kazim Elias, " Dalam seribu kejahatan akan ada satu kebaikan. Dalam seribu kebaikan akan ada satu keburukan. Biasanya yang satu itu yang dipersoalkan manusia." Cuba muhasabah diri balik. Betul atau tak kata-kata ni ? Kita terlalu mengharapkan yang sempurna daripada orang lain tapi kita lupa kekurangan pada diri kita hingga kita selalu melihat keburukan orang lain berbanding pelbagai kebaikan yang telah mereka buat. Astaghfirullah hal azim. Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat buruk sebegini. Aminn.
      
       Kesimpulannya, pada aku, kita sendiri yang perlu muhasabah diri sendiri sebelum menilai seseorang. Kita sebenarnya jangan terlalu mengharap kita akan dibalas dengan 'bunga sakura' setiap masa. Kadang-kadang 'kopi tanpa gula' tu perlu supaya kita tak rasa kita ni lah yang paling betul setiap masa. Kata-kata ni bukan untuk menghentam orang, tapi sebenarnya untuk diri sendiri juga. "What you give, you'll get back." Jadi, kalau kita buat baik pada sesama kita, Insya-Allah, Yang Maha Esa akan membalasnya dengan sesuatu yang tidak kita duga. Bersangka baiklah sesama manusia. Insya-Allah. Chill.. (^_^)

::..Sebaik-baik sahabat ialah apabila kamu melihatnya, kamu akan lebih mengingat Allah..::

Saturday, 4 January 2014

Hidayah yang terindah.

at 16:01 0 comments
Lantaran masa kian cepat berputar, aku terleka dengan keasyikan dan keseronokan dunia. Ahh..tak ku sangka..setahun sudah berlalu..tapi apa yang telah aku lakukan selama setahun yang Allah berikan padaku ? terkadang kita tidak mengerti, atau buat-buat tak mengerti mungkin tentang apa hakikat kita diberikan nyawa di atas muka bumi ini. Begitu juga aku. Mungkin kerana fikir usia masih muda (mengjangkau 23 tahun masih muda pada kiraanku) dan disebabkan itu aku mencari-cari keseronokan yang insan lain turut dambakan.

Tiba-tiba...dushhhh !!! Aduhh...Ehh..rasa macam dipukul..tapi tak  terasa sakitnya..jadi dimana 'rempuhan' itu berlaku ??? Ohh..rupa-rupanya di HATIKU. Hatiku umpama tersedar yang aku terlalu lama terawang di langit biru hingga lupa memijak bumi yang nyata. Allahurabbi..rempuhan hidayah-Nya ke hatiku yang selama ini lalai..selama ini leka..selama ini mengejar cinta manusia. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..rupa-rupanya Allah masih peduli akan diri ini, masih sayang pada hamba-Nya yang hanyut dalam dosa dan masih memberi peringatan bahawa masih ada ruang taubat untuk hamba-hambaNya yang selalu terleka.

Kalian ingat akan kisah Ahmad Ammar ? pemuda berusia 20 tahun yang jasadnya dimuliakan di Turki satu ketika dahulu ? pemergian beliau buatkan aku terpempan. Bukan sebab aku mengenalinya. Tidak ! Aku langsung tidak mengenalinya. Tapi video pemergiannya membuatkan aku tertanya-tanya kenapa dan mengapa Allahyarham menjadi satu fenomena. Lantas aku mencari dan mencari. Kisah pemergiannya benar-benar buat aku terpana. Allahyarham pergi dalam keadaan penduduk langit dan bumi mengenalinya atas amal-amal yang dia lakukan sepanjang nyawa masih di kandung badan. Tetapi aku ? tetapi aku dimana? dimana kedudukanku di sisi-Nya bila nyawa berpisah dari jasad nanti. Semalaman aku berteleku. Mencari di mana roh ku terbang sebenarnya dan untuk kesekian kali....hamparan sejadah menjadi saksi juraian air mata taubatku.

Aku tersedar..sungguh..Allah masih beri peluang padaku..meskipun berulang-ulang dosa aku lakukan tetapi Allah tak pernah jemu menitipkan secebis hidayah-Nya padaku, selautan kasih dan rahmat-Nya untuk aku kembali ke jalan yang benar,kembali ke sisinya. Dan sesungguhnya aku benar-benar bersyukur. tersangat bersyukur dengan anugerah terindah ini. Dulu, solatku terkejar-kejar, (asalkan buat dah cukup), mengaji pn boleh dikira dengan jari dalam sebulan, tak kira lagi bab puasa yang tak terganti, sedekah yang tak terberi, bla3..Ahhh..malunya aku pada-Mu. Apa dan banyak mana yang amal yang telah aku persiapkan dan yang telah kau terima Ya Rabb ?

Dan kini, aku bertatih kembali..setapak demi setapak melangkah ke arah-Mu. Aku mohon kau redhailah dan berkatilah perjalanan ini. Moga aku tak kecundang untuk kesekian kalinya. Aminn..Dan sesungguhnya tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan pertolongan dari-Mu.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 186 :

(maksudnya ) : " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka ) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk.

 

pena di jari menjadi saksi, luahan rasa di sangkar hati.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting