Assalamualaikum w.b.t...
Tadaaa...syukur Alhamdulillah..hari ni dah 16 Julai 2014, maknanya dah 3 hari aku di SMK Sulaiman, Bentong untuk menjalankan praktikum selama 4bulan kat sini. Syukur ke hadrat Ilahi sebab dari awal aku ngn Azizah Zahra link dengan sekolah ni, sekolah bagi feedback yang sangat positif, sampai asrama pun dapat sbg tempat tinggal sementara kat sini.
Walaupun ni da hari ke tiga, tapi sebenarnya ni hari ke 2 kami jadi cikgu, al maklumlah semalam cuti Nuzul Al-Quran. Hari pertama datang memang perasaan tu excited sangat..tak terkata taw..Tapi yang sedihnya, datang-datang pejabat terus kne naek ke tapak perhimpunan. Tu biasela kan, hari Isnin, perhimpunan wajib. Yang tak tahannya, lepas perhimpunan pengetua jumpa kitorang, terus kena marah sebab lambat lapor diri. Uwaaa...mane la kitorang tahu yang lain da lapor diri dulu. Naseb laa pengetua tu ok je..xmarah terus.
So, lepas lapor diri, kitorang masuk balek la ke pejabat. Dengan muka blurrr, cuak, nebes yang bercampur2 tu, ingat pengetua nak jumpa tapi naseb die ade tetamu...SELAMATTTTTTT..hahaha.. Then, ade sorang cikgu lelaki tu datang dan edar jadual bagi cikgu-cikgu praktikum ni. Owhhh..lupa nak cakap, kat sini ade TUJUH (7) pelajar UPSI yang buat praktikum, course campur-campur la tapi untuk course Pengajian Malaysia dengan Pendidikan cukuplah aku dengan Azizah Azhal. Alhamdulillah diberi kepercayaan untuk ajar Sejarah Form 1&4 ngn Sivik Form2 dan setinggi-tinggi SYUKUR pada Allah sebab tetapkan ini untuk aku. Aku yakin dan percaya, sejuta hikmah yang terkandung dalam perancangan Allah. Bersangka baik sebab mengikut hadis Qudsi, "Aku adalah pada sangkaan hamba-hambaKu"..kan Allah sebaik-baik perancang...tak gituuu???? :)
By the way, sekarang aku tengah pulun baca n cari maklumat pasal Sejarah tingkatan 1 ni...Allahurabbi...lupe da banyak mende..InsyAllah ade kesempatan, akan kuluah lagi rasa hati ni melalui tarian jari jemari. Untuk BELOG CIK YUMIE ni...aku sayang kauuuu...terima kasih sentiasa jadi diari hati aku. Doakan kejayaanku di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Salam.


0 comments:
Post a Comment