Wednesday, 18 March 2015

Semester 8 yang....

at 17:44 0 comments
Assalamualaikum diari..


   Lama tak bersua. Aku terbeban dengan penangan Final Year Project,, pluss assignment yang melambak-lambak tu. by the way, zaman sekarang,, setahun umpama sebulan sebulan umpama seminggu, seminggu umpama sehari, sehari umpama sejam, sejam umpama seminit, seminit umpama sesaat...dan sesaat umpama..sesaat kau datang,,sesaat kau menghilang..ehh..lagu pulakk..hehehe

   Nak menunjukkan masa tu berlalu begitu cepat. Sampaikan kita termengah-mengah mengejar masa. Begitu juga aku :(  Sem ni aku ingat aku akan jadi sunbae yang rilek tanpa memikirkan kerja yang bertimban timbun.. tapi apakan daya, Tuhan lagi tahu yang terbaik untuk aku. Sibuk mengalahkan menteri kau!!!!! hahaha~~~

   Tapi alhamdulillah,, sibuk ni buatkan aku jadi lupa..lupakan masalah hati yang selalu menyapa saat aku sunyi. Thats guy? hurmm..semester lapan da..dia bukan siapa-siapa lagi pada aku, Hati yang pecah itu, kalau dicantum tetap tak akan kembali cantik. Walaupun aku mencuba.. tapi aku tetap rasa kecewa masih ada..haha..giteww ~~

   Sem 8, cepatlah berlalu bersama fyp yang setel dan hati yang tenang. Izinkan aku meninggalkan Tanjung Malin tanpa sedih dan benci..huhu

Tuesday, 17 February 2015

Salam Semester 8 !

at 18:36 0 comments
Assalamualaikum diari..

       Lama tak ketemu. Rindu aku sangat rindu kamu..! Hari ni masuk hari ke-2 bermulanya semester lapan ! Maknanya inilah semester akhir untuk aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris ni. Tak sangka masa sangat pantas meninggalkan kita. Dalam tak sangka, empat tahun berlalu sekelip mata. Tak lama lagi aku akan meninggalkan tempat ni, mungkin untuk selama-lamanya. Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberikan aku kesihatan dan kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. 

       Semester 8 ni mungkin menuntut komitmen yang tinggi dari aku. Fokus kepada eseimen dan tesis!!! Moga aku dapat menyiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Moga Allah permudahkan lagi urusanku dari awal hingga akhir ! 

       
 

pena di jari menjadi saksi, luahan rasa di sangkar hati.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting