Lantaran masa kian cepat berputar, aku terleka dengan keasyikan dan keseronokan dunia. Ahh..tak ku sangka..setahun sudah berlalu..tapi apa yang telah aku lakukan selama setahun yang Allah berikan padaku ? terkadang kita tidak mengerti, atau buat-buat tak mengerti mungkin tentang apa hakikat kita diberikan nyawa di atas muka bumi ini. Begitu juga aku. Mungkin kerana fikir usia masih muda (mengjangkau 23 tahun masih muda pada kiraanku) dan disebabkan itu aku mencari-cari keseronokan yang insan lain turut dambakan.
Tiba-tiba...dushhhh !!! Aduhh...Ehh..rasa macam dipukul..tapi tak terasa sakitnya..jadi dimana 'rempuhan' itu berlaku ??? Ohh..rupa-rupanya di HATIKU. Hatiku umpama tersedar yang aku terlalu lama terawang di langit biru hingga lupa memijak bumi yang nyata. Allahurabbi..rempuhan hidayah-Nya ke hatiku yang selama ini lalai..selama ini leka..selama ini mengejar cinta manusia. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..rupa-rupanya Allah masih peduli akan diri ini, masih sayang pada hamba-Nya yang hanyut dalam dosa dan masih memberi peringatan bahawa masih ada ruang taubat untuk hamba-hambaNya yang selalu terleka.
Kalian ingat akan kisah Ahmad Ammar ? pemuda berusia 20 tahun yang jasadnya dimuliakan di Turki satu ketika dahulu ? pemergian beliau buatkan aku terpempan. Bukan sebab aku mengenalinya. Tidak ! Aku langsung tidak mengenalinya. Tapi video pemergiannya membuatkan aku tertanya-tanya kenapa dan mengapa Allahyarham menjadi satu fenomena. Lantas aku mencari dan mencari. Kisah pemergiannya benar-benar buat aku terpana. Allahyarham pergi dalam keadaan penduduk langit dan bumi mengenalinya atas amal-amal yang dia lakukan sepanjang nyawa masih di kandung badan. Tetapi aku ? tetapi aku dimana? dimana kedudukanku di sisi-Nya bila nyawa berpisah dari jasad nanti. Semalaman aku berteleku. Mencari di mana roh ku terbang sebenarnya dan untuk kesekian kali....hamparan sejadah menjadi saksi juraian air mata taubatku.
Aku tersedar..sungguh..Allah masih beri peluang padaku..meskipun berulang-ulang dosa aku lakukan tetapi Allah tak pernah jemu menitipkan secebis hidayah-Nya padaku, selautan kasih dan rahmat-Nya untuk aku kembali ke jalan yang benar,kembali ke sisinya. Dan sesungguhnya aku benar-benar bersyukur. tersangat bersyukur dengan anugerah terindah ini. Dulu, solatku terkejar-kejar, (asalkan buat dah cukup), mengaji pn boleh dikira dengan jari dalam sebulan, tak kira lagi bab puasa yang tak terganti, sedekah yang tak terberi, bla3..Ahhh..malunya aku pada-Mu. Apa dan banyak mana yang amal yang telah aku persiapkan dan yang telah kau terima Ya Rabb ?
Dan kini, aku bertatih kembali..setapak demi setapak melangkah ke arah-Mu. Aku mohon kau redhailah dan berkatilah perjalanan ini. Moga aku tak kecundang untuk kesekian kalinya. Aminn..Dan sesungguhnya tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan pertolongan dari-Mu.
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 186 :
(maksudnya ) : " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka ) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk.
Saturday, 4 January 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment