Thursday, 14 September 2017

Genap Sebulan..

at 00:05 0 comments
Assalamualaikum.

   Hari ni aku nak menyingkap sebuah ceritera yang kini genap sebulan berlalu.

   13 Ogos 2017.

   Mulai tarikh itu, bermulanya perubahan dalam diri aku yang aku sendiri tak sangka, terlalu cepat. Tak terjangkau dek pemikiran. Tapi itulah, takdir Allah. Tiada mampu kita mengagaknya.

  Sebulan lepas, kawan sekolah aku dm dekat Instagram, bagitahu ada seorang lelaki nak berkenalan dengan aku. Aku ingatkan dia main-main. Tapi, dia kata dah dua bulan lelaki tu duk marah ke dia tiap hari sebab tak bagitahu bahawasanya dia nak berkenalan dengan aku. Dipendekkan cerita, kawan aku bagi hint lelaki yang nak kenal aku tu selalu like post-post aku kat Insta. Aku dah dapat agak siapa orangnya. Jadi, aku mulakan first step dengan menegur seorang lelaki bernama Muhamad Mur**** Ro****.

   Aku yakin dan pasti itu lelaki yang dikatakan oleh kawan aku. Mula-mula perbualan, aku tanya macam mana dia dapat idea untuk menulis(penulisan dia memang menarik perhatian aku dari awal.) Lelaki tu pun balas dm aku. Hehe. dan bermula dari situ, dia rajin mesej aku, sama ada tanya pasal buku atau share sesuatu. Memandangkan aku ni seorang yang out-spoken, aku tanya dia kenal ke tak pada kawan aku dan dia mengiyakan. So, aku pun tanya dia, betul atau tidak dia yang kawan aku maksudkan. Lagi sekali dia mengiyakan ! Kan senang cerita. Haha

   Nak katakan betapa jodoh dan takdir ini milik Allah semata, dua minggu lebih setelah kami kenal dia lamar aku untuk ada ikatan dengan dia. Speechless. Sebelum-sebelum tu pun kami selalu cerita tentang diri masing-masing, plus dia pun selalu tanya pasal diri dan family aku. Ingat lagi, tarikh dia lamar aku, 30 Ogos 2017.

  hmm..doakan moga dia adalah jodohku yang tepat. di dunia hingga ke akhirat.Jua, doakan moga dipermudahkan urusan kami hingga ke fasa seterusnya. :)
 

Tuesday, 1 August 2017

Ku Tetap Berdiri Meski Sendiri

at 16:52 0 comments
Assalamualaikum..

   Lumrah dunia. Tak semua suka kita. Walaupun kita suka dia. Hehehe.


   Aku tak sangka gurauan aku jadi luka di hati orang. Sungguh tak sangka. Aku memang berniat untuk bergurau dengan Shira memandangkan aku rasa aku dengan dia rapat selama ni. Tapi tak sangka dia salah tafsir gurauan aku.

   Tak sangka terjadi lagi sengketa antara aku dengan kawan, yang aku anggap sahabat. Dulu dengan Wani. Sedih dihati masih belum berlalu pergi. Kini dengan Shirah pula, kawan yang aku anggap paling rapat dalam kerjaya aku. Lagi ujian datang merentap jantung hati. Moga yang keruh akan jadi jernih.

   Kesimpulannya, tak semua boleh terima apa yang kita lakukan Yumie. Ramai yang membenci dari menerima. At last, kesudahannya tetap sama Yumie. Sayangilah diri kau sendiri, sebab tak mungkin orang akan menerima kau dengan siapa adanya kau.


Saturday, 29 July 2017

Ada yang Tidak Terluah dengan Kata-kata...

at 22:16 0 comments
Assalamualaikum.

27/07/17.

Terasa sukar untuk aku belajar redha dalam banyak perkara dalam kehidupan ni. Sungguh aku rasa aku terlalu lemah untuk menjadi tabah. Aku terlalu payah untuk melangkah. Terkadang aku mengenang nasib. Mengapa aku selalu diuji? Setakat mana aku mampu bertabah dengan segala ujian yang mentarbiah hati? Tika mana akan aku dapat mengecap bahagia dalam kehidupan?

   Bukan aku tak pernah memujuk hati, tetapi hati aku sendiri dah lali. Tak lut lagi pujukan untuk menenangkan gundah di hati. Aku selalu mengimpikan perjalanan hidup yang mudah, yang tak terlalu payah untukku. Mudah untukku melalui kehidupan sebagai seorang wanita bekerjaya, mudah untuk aku menjadi seorang anak yang dapat menyenangkan hati ibu bapanya, mudah untuk aku menjadi guru yang sabar mendidik anak bangsa. Malangnya di awal perjalanan lagi aku dah kalah !

   Aku sendiri tak dapat membahagiakan diriku sendiri. Senyuman ikhlas pun terlalu payah untuk meniti di bibirku. Aku sendiri rasa hidup dalam kepura-puraan. Menunjukkan aku ok dan bahagia di depan semua orang, sedangkan menangis dalam hati setiap malam. Kawan pun semakin berkurang. Yelah, mereka dah sibuk merancang masa depan dengan bakal pasangan. Alhamdulillah masing-masing dah ditemukan. Sedangkan aku? Masih begini. Masih keseorangan membilang waktu.

   Sungguh aku sedih bila perasaan ini singgah di kamar hati. Perasaan keseorangan dan kesunyian. Aku tahu, pada umur begini, waktu yang terlalu sesuai untuk bersama pasangan. Masakan tidak, kawan-kawan baikku sendiri sedang bahagia membilang detik bahagia mereka menjadi halal kepada pasangan mereka. Senang perjalanan jodoh masing-masing. Tapi berbeza sungguh dengan aku. Mereka ada tempat untuk meluahkan sedih dan kecewa. Mereka ada pasangan untuk mencorakkan masa depan bersama. Mereka ada teman untuk membuat segala-gala.

   Tapi aku? sehingga sekarang masih sendiri dalam semua perkara. Mengapa terlalu susah untuk hadirnya insan yang terbaik untukku? Bukan aku tak usaha untuk menjadi yang terbaik. Tapi terlalu payah perjalanan ini ku rasakan. Hati aku ni. Rasa seperti nak pecah menanggung rasa. Ya Allah. Maafkan aku. Aku cuma meluahkan pada diri sendiri Ya Allah. Luahan yang ku coretkan di sini untuk tatapanku. Agar aku menjadi lebih bersyukur bila aku ulang membacanya.

   Moga penantianku ini akan berakhir secepatnya. Moga aku dipertemukan dengan bahagia yang sebenar-benar bahagia. Moga Allah mempertemukan dengan insan yang terbaik untuk dunia dan perjalanan akhiratku. Moga aku dipermudahkan untuk tahu apa itu REDHA yang sebenar. Allah. Perkenankanlah hajatku.

Wednesday, 1 March 2017

Keajaiban Sedekah dan Tawakal

at 22:06 0 comments
Assalamualaikum..

   Hari ni nak ceritakan sesuatu. Sesuatu yang ajaib mengenai sedekah. Alhamdulillah selama ni Allah permudahkan segala urusanku,

   Tapi setiap kali gaji, aku rasa risau. Risau dengan komitmen yang banyak. Aku takut tak cukup duit untuk cover expenses aku sampai gaji bulan depan. Huhuhu. Tapi aku tetap cuba tak abaikan tanggungjawab aku pada ibu. Selalunya kalau aku balik kampung, aku akan belikan barang dapur untuk ibu,

   Ditakdirkan, bulan ni aku banyak sangat komitmen. Jadi aku cuma tolong ibu bayarkan duit motor sahaja. Duit belanja aku tak masukkan, duit kereta tak bayar and so on yang buatkan aku serabut otak, Huhuhu. Tapi aku rasa tak tenang bila tak bagi ibu duit. Sedangkan sekarang aku pun tak banyak duit !

   Hari ni, adik aku datang sekolah, dia bagi aku RM300 (RM 200 untuk bayar hutang and RM100 untuk belanja ibu). Aku dah niat, Balik sekolah nanti aku nak transferkan duit. Aku nak tambah sikit duit yang adik aku bagi untuk ibu. Tawakal jela dengan rezeki lepas ni. Allah kan ada. Bukan aku tak pernah kering kontang pun sebelum ni.

   Jadinya, masa aku login maybank2u tuk transferkan duit ibu + bayarkan hutang, aku tengok baki duit dalam akaun bertambah !!! Bertambah RM500. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah yang mengatur rezeki untuk hamba-hambaNya. Aku dapat transfer dua kali ganda pada ibuku, Walaupun tak banyak mana, aku harap dapat tolong serba sikit ibu kat kampung. Cuma satu je lagi hutang ibu yang belum bayar, Huhuhu.

   Aku tak sangka pertolongan Allah secepat ni. Aku baru niat nak bagi ibu duit SIKIT, tapi Allah lipat gandakan rezeki aku, Alhamdulillah. Benda ni bukan pertama kali berlaku pada aku. Sebelum-sebelum ni pun banyak dah keajaiban rezeki yang aku dapat. Contohnya masa tengah kering kat U dulu, Allah hantar rezeki dengan duit zakat masuk. Bila niat nak buat baik, Allah hantar orang bagi duit kat kita.

   Hakikatnya, kita sering takut dengan duit yang tak pernah cukup sedangkan Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Kita sebenarnya tak yakin pada Allah kan? Kadang-kadang aku pun macam tu. Tapi Alhamdulillah Allah buka jalan-Nya supaya aku tak ragu-ragu dengan ketentuan Dia. :)

   Pada aku, ini pun salah satu teguran Allah...supaya aku tak terburu-buru nak jawapan pada doa yang ku titipkan untuk jodohku. Mungkin jika aku lebih bersabar dalam penantian ini, Allah hantar Mr. H untukku pada waktu yang aku tak pernah jangka. Ameen. Ameen. Ameen.

Thursday, 23 February 2017

Dia Yang Ku Nanti...

at 23:24 0 comments
Assalamualaikum.

   Hari ni tergerak nak sambung cerita tentang H. Entahlah, bukan tak yakin, cuma kadang-kadang rasa tak layak untuk mendapat cinta seseorang. berkisar kembali kepada si H,,

   Aku setuju untuk berkenalan dengan dia sebab kawan aku cakap dia anak yang baik. Anak yang menjaga mak dia selepas ayahnya meninggal. Mula dari situ, aku berfikir banyak kali. Kesudahannya, aku setuju untuk berkenalan dengan dia. Yelah. Zaman sekarang ni bukan senang nak jumpa anak lelaki yang bertanggungjawab terhadap lelaki  keluarga. Aku dah jumpa, cuma belum tentu dia nak berkenalan dengan aku kan? Lagi-lagi lepas tu aku tahu yang H ni kerjanya di Gym. Orang bina badan. Huhuhuhu. Lagi bertambah luluh semangat nak kenal

   Tapi aku tekad, kali ni. Biarlah kali ini aku serahkan takdir ini pada Yang Maha Kuasa. Aku tak nak lagi pisang berbuah dua kali. Jadi, sebelum mengenalinya aku mendekatkan diri pada Allah s.w.t dulu. Niatku bukan sekadar untuk mendapatkan jodoh yang baik saja sebab aku takut aku berpura-pura. Aku takut Allah memberikan jodoh yang turut berpura-pura baik untuk mendapatkan yang baik. Nauzubillahiminzalik..huhu. 

   Aku pun dah niat nak perbaiki hidup aku, bermula dengan perbaiki solatku. Maka, aku cuba rajinkan solat tahajud dan dhuha dulu. Bila dah solat sunat tu, aku fikir alang-alang dah mendekatkan diri pada Allah, apa salahnya aku mohon rahmat Allah tuk ringan dan permudahkan jodoh aku. Kan?
Jadi, aku selitkan H dalam doa yang aku panjatkan pada Allah. Doaku moga pertemuan yang telah Allah aturkan bukan satu pertemuan yang sia-sia. Doaku jika H itu jodohku, berikan aku petunjuk dengannya dan pelbagai lagi yang Allah lebih tahu,

   Selepas aku usaha untuk dapatkan petunjuk untuk berkenalan dengan H, aku yakin dengan keputusan yang aku buat. Akhirnyaaaa, akhirnya aku berani mesej H dlu. Rase nak tekup muka dengan bantal disebabkan malu mulakan step. Tapi mesej da lepaskan. Tabahkan jela hati..hehehe.

   H reply mesej aku. Tapi lepas dia kata boleh je berkenalan dengan aku, aku jadi kelu. Ape lagi nak borak dengan dia? Macam mana nak bagitahu aku ade sebab nak kenal dia? lepas tu aku diam je. Dia pun dia kali diamlah. Hahaha. Lepas sebulan duk minta petunjuk Allah ditambah dengan sikap manusia yang tak pernah nak bersabar ni, aku tekad nak melamar dia. MELAMAR ???

   Yesss. Aku lamar H untuk dijadikan suami, Tu lah tindakan berani mati aku. Untung tak mati betul-betul je,,hahaha. Lepas tu dupdapdupdap tunggu jawapan H. Dia tak reply pun. Esoknya dia reply mesej aku. Aku dapat jawapan dia.

         " Saya teramat hargai lamaran awak, tidak ramai wanita yg berani melamar seorg lelaki hanya wanita2 yang hebat mampu melaksanakan seperti siti khadijah melamar rasulullah, sy benar2 hargainya... maafkan sy, sy belum bersedia lagi ke arah itu sebab sy kenal diri sy mcm mana, maafkan saya jikalau jawapan sy menolak lamaran awak membuatkan awak bersedih, carilah lelaki yg benar2 boleh menjaga awak dan memberi didikan agama kepada awak..."

................it's meant i'm been rejected. 

   Tapi, aku tak sedih dengan jawapan yang dia berikan. Aku tetap berdoa ada hikmah disebalik penantian yang direncanakan Yang Maha Esa dan aku tetap berdoa moga Allah campakkan perasaan dalam hatinya untukku. Ameen.

Saturday, 18 February 2017

2017 - Aku Kembali Untuk Mengukir Cerita Kehidupanku

at 11:57 0 comments
Assalamualaikum..

   Lama sungguh tak berbicara dengan blog..huhuhu..Aku terlupa aku ada blog. Ni masa nak sibuk nak buat kerja baru terfikir nak cari mana blog aku yang telah tenggelam bertahun lamanya ni.

   Alhamdulillah, sekarang dah menjengah minggu ketiga bulan Feb, 2017 ! Dahhhhh 2017 !!!!

   Kejap je masa berlalu. Inilah aku. Asal update blog je duk ulang pasal masa cepat berlalu. takde cerita lain ! hahaha.. Alhamdulillah juga dengan nikmat hidup yang telah Allah kurniakan, termasuk syukur terhadap ujian yang telah membuatkan aku lebih KEBAL dari sebelumnya. :)

   Dah 2017 ni jugak, banyak cerita kehidupan yang tak sempat direkodkan dalam blog kesayangan. Maknanya, tak adalah kenangan yang mampu dikenang 10 tahun akan datang. :D

   Sekarang aku dah bergelar GURU ! Alhamdulillah lagi sekali. Allah permudahkan rencana kerjaya aku. Mungkin kerana niat nak tolong ibu maka Allah permudahkan cita-citaku. Atau sebenarnya DOA dari ibu yang tak pernah putus meletakkan aku di tahap ini. Atau mungkin kedua-dua asbab di atas menjadikan aku berjaya sehingga sekarang. Terima kasih Allah. Terima kasih Ibu ! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

   Sekarang aku bertugas di Pasir Gudang, Johor. Entah berapa lama lah aku akan berada di sini. Huhu. Kekadang hati memberontak nak pergi dari sini. Tapi siapalah aku nak menolak takdir Allah. Kan? Aku yakin akan ada hikmah kenapa aku ditempatkan di negeri asing ini.

   Tentang diri aku pula ? Alhamdulillah. Aku makin mengerti makna hidup di atas muka bumi ni. Tentang seseorang yang pernah singgah dalam hidupku, Kini dia telah pergi. Pergi dengan mutlak dari diari hidupku. Di akhirnya, kami tetap tiada jodoh. Alhamdulillah. Allah sedarkan aku sebelum terlewat. Sekarang aku makin gagah melangkah mencari keredhaan dan keampunan Allah. Dulu jahilliyah sangat. Huhuhu. Tapi sesungguhnya pintu taubat Allah masih terbuka selagi matahari tak terbit dari Barat kan ? Jom sama-sama mencari redha-Nya? ☺☺☺

   Di usia menjangkau 26 tahun kini, aku masih lagi sendiri. Sendiri yang kadang-kala aku terfikir bilakah aku akan berpasangan. Bilakah aku akan ditemukan dengan jodoh yang tepat. Bilakah aku akan ada teman suka dan duka untuk menempuh jalan kehidupan yang penuh liku ni. Waktu sekarang, rakan-rakan baikku semua sudah menemukan pemilik tulang rusuk mereka. Tapi aku?

   Bukan aku tak usaha, tapi mungkin usahaku masih belum di tahap maksima. Huhu. Moga aku terus menjadikan solat dan sabar sebagai penolongku. Moga dengan penantian ini, aku akan menemukan jodoh yang tepat untuk diriku. Hakikatnya, aku sedang menanti. Menanti apa? Jodoh ke ? Hehehe.

   Yup ! Aku menanti si dia ! Seseorang yang telah menyebabkan aku mendoakan dia agar menjadi jodohku. Aku pun tak tahu siapa dia yang sebenar. Cuma, kewujudan dia menyebabkan aku meletakkan dia sebagai impian masa depan yang harus aku capai !

   Dia bernama H****. Cukup cuma dikenali sebagai H. Ku kenal dia sewaktu majlis perkahwinan sahabat baikku. H sepupu kawanku. Kawanku dan keluarganya berkenan pada aku dan berniat nak kenalkan aku dengan H. Tetapi aku menolak dengan baik sebab masih rasa belum bersedia untuk berkenalan lagi. Sebelum aku pulang, Aku bersalaman dengan ibu pengantin. Mak kawanku tu lah suruh H bagikan goodies kepada aku, dan dia pun berikan ! Aku cuma menerima tanpa pandang ke wajahnya langsung ! Malu mungkin. Opsss ! Hehehe

   Pada aku, setakat situ je kesudahan ceritanya. Tapi kawan-kawanku menggalakkan aku untuk berkenalan dengan H dengan lebih dekat. Masalahnya aku ni bukan rajin sangat nak mesej-mesej orang ni ! Huhuhu. Tetapi ada satu perkara yang buatkan aku bersetuju untuk berkenalan dengan H. Apakah ia.........?

Bersambung...

 
 

pena di jari menjadi saksi, luahan rasa di sangkar hati.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting