Saturday, 24 May 2014

MIMPI BURUK

at 01:02 0 comments
Assalamualaikum...

   Blog ini aku cipta khas untuk menjadi luahan untuk apa yang aku rasa, yang aku ingin jadikan ia sebagai satu kenangan pd masa hadapan. Aku tak perlukan blog yang meletop, traffik yang tinggi, dan bukan aku namanya yang ingin dipuja puji oleh orang lain. Aku selesa begini. TAK dikenali dan dipandang sepi, meskipun terkadang aku sunyi. Tapi itu lebih baik...:')

   23 tahun aku menyelusuri hidup ni.. Banyak dugaan yang mencabar kekuatan hati. Saat tu, memang AIR MATA yang setia temani aku. Tapi Alhamdulillah..Allah terus..terus..teruskan perjalanan hidup aku sampai aku melepasi dugaan tu, dengan rasa yang puas, dan tika itu, aku sendiri tak pasti sejauhmana aku bersyukur dengan kekuatan yang Allah pinjamkan pada aku. Terasa aku masih lupa diri. :'(  Saat ini, hatiku kembali sedih. Kosong. Aku tahu kenapa. Aku tahu. Tapi aku rasa nak menangis lagi. Boleh tak ? ? ?

   Aku harap mimpi tidur tadi.., Hanya sebagai MIMPI. Tapi aku terkesan..Hari-hari yang berlalu sekarang..semakin menyesakkan aku. Susah tidur malam. Entah kenapa makin hari makin teruk keadaan ni dan bila dapat lelapkan mata, aku dihantui dengan MIMPI BURUK ! Lemas.. aku lemas. Takut. Sedih. Sampai kadang-kadang aku takut nak lelapkan mata. Takut nak tidur.

   Hari dulu, aku mimpi ajal sampai. Dalam mimpi tu sendiri aku tengok mcm mana aku 'pergi'. Aku 'rasa' aku tengok jasad aku yang 'takda nyawa' tu. Menakutkan. Ngeri ! Bangun tu, aku menangis. Kenapa aku mimpi macam tu. Kenapa mimpi sejauh tu. Kenapa menghantui aku.

   DAN tadi, masa aku tidur, aku mimpikan sesuatu yang smpi skrg buat hati aku tak keruan. Bila aku teringat, tak semena2 aku menangis. MIMPI tadi menakutkan. Sungguh ! Aku berada di satu tempat yang luas..sangat luas..umpama padang pasir. Suasana tempat tu umpama fajar terbenam..langit merah. Aku tak nampak sesiapa. Seorang pun. Hanya aku. AKU ! Ya Allah. Rasa apa masa tu? Kosong ! dan bila aku pandang depan, ada sebuah menara, yang sangat besar dan tinggi. Sungguh tak tipu. Tapi aku perasan sesuatu pada menara tu. Kalimah ALLAH. Aku rasa takut. Menangis dalam mimpi tu. Aku harap semua tu mimpi. Tapi aku tak terjaga pn. Aku tetap di tempat tu. tempat yang aku rasa sangat takut. Banyak kali aku celik tutup mata dgn harapan aku tgh bermimpi. Tapi aku tetap di tempat tu. Aku ingat aku dah kat padang masyar da.huhu..Mase tu minta ampun,minta Allah bagi aku hidup balik (sebab aku rasa macam aku dah mati kat tempat tu). Lama. Lama sangat aku kat tempat tu sampai aku jadi takut yang teramat. Tiba-tiba aku TERSENTAK. Aku tjaga dari tidur dengan keadaan aku betul-betul terkejut. Aku tengok sebelah, roomate aku tgh tidur lena.

   Aku dah bangun. Aku da sedar. Aku dah kembali. Bila bangun tu aku rasa lega.. Tapi rasa kosong. Mimpi apa yang aku alami tu. Pelik. Menakutkan keadaannya. Bukan sebab menara yang ada kalimah Allah tu. Tapi aku takut tempat tu. Satu kawasan yang luas umpama padang pasir yang rata. Rasa roh aku dah kembali dari perjalanan yang panjang. Syukur Alhamdulillah..roh aku kembali dan TAK PERGI untuk selama-lamanya dari jasad aku.

::.. Ya Allah, Berikan aku kesempatan untuk berubah. Aku takut untuk kembali dalam keadaan yang buruk :'( :'( :'(


   Bila teringat mimpi tadi, terus aku teringat pada buku ni. Beli dah lama, tapi tak habis baca lagi. Mungkin aku patut baca n faham isi kandung buku ni dan mengamalkan..
:( :(

Friday, 9 May 2014

Semester 6 sudaa..

at 18:48 1 comments
Assalamualaikum...

   Semalam, 8 Mei 2014 slip exam da dikeluarkan..tadaa..This is the slip :)


   Sedar tak sedar, masa cepat meninggalkan aku. Rasanya macam baru semalam segerombolan family hantar aku ke UPSI ni masa hari pendaftaran 7 September 2011 dulu. Terbayang-bayang lagi ayah, abang, angah, cidot, iwan, intan, emy and ibu tersayang angkut barang2 ke tingkat 2 Kolej Ungku Omar yang lama dulu. Masa tu, perasaan aku teruja sangat. Yelah..mulakan kehidupan sebagai seorang siswi dengan HARAPAN keluarga pada aku memandangkan aku wakil pertama yang berjaya masuk universiti. Suka, Gembira. Teruja. Semua bercampur baur.

   Tapi tu dulu..sekarang dek rentetan masa yang kian laju berputar, hari 'pertama' aku sebagai siswi tu dah berlalu hampir TIGA tahun dan aku pun sekarang dah 23 tahun. Umur pun da meningkat..huhuhu..Btw, exam kali ni adalah kedua terakhir sebelum aku akan menghabiskan sesi menuntut ilmu dan pengalaman di bumi Muallim ni. SEMESTER 6 ! dan selepas ni Insya-Allah aku akan berpraktikum pulak. Kemudian masuk UPSI semula utk semester 8 --> FINAL YEAR !!!

   Alhamdulillah..sepanjang aku kat sini, banyak sangat kenangan,pengalaman,erti hidup yang aku lalui  yang suka,duka,gembira, frust tertonggeng2. Semua ada. Allah bagi aku kesempatan untuk merasainya. Syukur sangat3. Tapi seiring masa berlalu, semangat aku turut melayang dibawa arus masa. Semangat nak belajar tak lagi seteguh dulu. Seringkali terhakis dek perasaan2 yang lagha,yang aku sendiri TAK berusaha nak atasinya. 

   Aku harap,aku masih mampu merubahnya.. :( Aku selalu leka sampai aku lupa aku 'pikul' harapan mereka yang nak tengok aku berjaya and then ubah kehidupan kami. Terlalu banyak pengorbanan wang ringgit, perhatian dan kasih sayang yang mereka dah curahkan pada aku. Tapi aku kat sini, masih terumbang-ambing cari diri sendiri sedangkan masa dah lama 'membunuh' aku. Cuma untuk peperiksaan kali ni, aku harap aku mampu berusaha dan sediakan senjata yang ampuh untuk 'memeranginya'. Moga ada restu dan keredhaan ibu,ayah dan ahli keluarga aku yang lain yang jadi semangat aku disini :)



Thursday, 8 May 2014

Bicara Tentang Hati (Bah. 2)

at 06:29
SAMBUNGAN Bicara Tentang Hati (Bah.1)

   Apa yang aku mampu lakukan bila dia muncul tegur aku..tanpa rasa bersalah, tanpa apa-apa penjelasan..? sungguh..HATI AKU RAPUH, LEMBUT..mudah anggap semuanya ok..mungkin tu sebab kenapa aku selalu jadi mangsa permainan dia. Aku sendiri tak dapat nak keraskan hati aku. Pada aku, biarlah aku yang makan hati, asalkan dia ada. Tapi kehadiran aku? Pernah ke dia hargai? Entah..tak berani nak persoalkan. Takut menangis lagi kot.

   Dan pasal gadis tu, aku sampai sekarang tak boleh nak hadap muka gadis tu. BENCI ? tak.. Aku tak benci gadis tu. Tapi aku tak nak langsung tengok mukanya. Bila aku tengok gadis tu, aku akan salahkan gadis tu dalam keretakan ‘HUBUNGAN’ aku dengan dia. Meskipun aku dan berusaha untuk berbaik dengan gadis tu, aku mencuba..bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali yang akhirnya aku menyerah sebab aku tahu aku tak merasai ikhlas untuk menerima keadaan yang berlaku. Aku tahu, dia dah tak rasa apa yang aku rasa, perasaan dia pada aku dah pudar. Bukan setakat PUDAR, tapi mungkin dah HILANG terus dari hati dia..mana tahu kan..?? Satu perkara yang aku akui, sejak aku dengan dia. Aku tutup pintu hati aku pada orang lain meskipun ramai yang mencuba. Bodohnya aku kerna terlalu YAKIN dengan ‘sayang’ yang dia berikan. Selalu aku TANYA SAMA HATI, betul ke aku masih berharap..dan jawapannya aku selalu buntu. Aku sendiri tak tahu perasaan aku. Sakit..sakit sangat rasanya. Tapi, adakah dia peduli ? Yang paling jelas dan nyata, dia tak akan like atau komen pada post-post aku di FB. Tapi kalau post2 gadis tu, mmg xlekang la nama dia yang jadi pengelike setia. Tak puas hati ? Tak..aku xrasa gitu.. cuma aku tertanya..kenapa aku..aku..dan aku..? 

   Kadang-kala aku rasa ingin mengintip takdirku..supaya aku tak kecewa di kemudian hari. Tapi aku tahu, Tuhan merahsiakannya..agar aku berusaha mencipta takdir yang indah..seiring dengan kemahuanku dan yang paling penting, dengan keredhaan-Nya.

   Sungguh sekarang aku semakin menerima keadaan yang berlaku..dah lama ku pujuk hati..semuanya dah berakhir. Walaupun kadang-kadang aku rasa aku masih ada harapan. Tapi dia selalu sedarkan aku…HARAPAN tu cuma ANGAN-ANGAN tak mungkin akan jadi KENYATAAN. Walaupun aku kecewa dengan apa yang berlaku..tapi entahlah..ada sesuatu yang tak terungkap dengan kata-kata. Sesuatu yang menyebabkan aku setia menerima dia seadanya walaupun dia hancurkan hati aku dengan kejam. Dalam situasi macam ni, aku tak pasti sama ada aku ikhlas atau tak dengan penghujung kisah ini. Sedih, pilu, kecewa..tapi reda dan pasrahnya entah dimana. Selalu aku berdoa agar diberi kekuatan….untuk melupakan segalanya. Tapi mungkin itu ujian yang Tuhan bagi, sama ada aku mampu atau tidak dan hakikat sekarang..MAAFKAN AKU. AKU TAK PEMAAF SEBEGITU. Biarlah dia dan gadis tu nak cakap aku itu ini..hakikatnya itu aku. Hipokritnya aku biarlah aku yang faham sendiri mengapa.

   Dan untuk dia, bila ditanya kenapa aku masih setia disini..aku nak dia tahu..ada sesuatu yang masih belum selesai. Perjalanan kita di UPSI ini masih panjang dan aku masih pegang janji dia di awal perkenalan dulu, jadi teman sepanjang kita di sini. Kalau dia lupa, takpa..aku maafkan..:) dan untuk gadis tu, kenapa aku taknak hadap+bertentang mata dengan kau, bukan kerana aku terlalu bencikan kau,,tapi aku nak jaga hati aku dari terus menyalahkan kau..biarlah aku tak jumpa gadis tu lagi kalau tu cara untuk aku senangkan hati semua pihak.

   Untuk dia, kenapa aku persoalkan tentang ‘tanggungjawab terhadap apa perbuatan yang kita lakukan’, sebab ada perkara yang kita tak boleh abaikan di dunia. ‘Benda’ tu akan dipersoalkan di akhirat atas tiap-tiap perbuatan yang kita dah lakukan. Aku tersentap bila ada kawan yang cerita pasal dunia akhirat pada aku tadi. :’(  Dulu aku fikir, lepas lupakan segalanya, aku akan tenang tapi nyata aku silap, kesilapan lalu menghantui aku..hari demi hari..saat demi saat..sampai aku lemas,aku penat. Aku harap dia tenang, baik-baik saja kt sana.


   Banyak sebenarnya yang aku nak dia tahu. Tapi aku yakin, dia pn tak pernah berusaha nak amik tahu pasal apa yang aku rasa. Terkadang aku selalu menyalahkan diri sendiri dengan ape yang terjadi. Tertekan. Kenapa jd mcm ni? Ape salah aku smpai jadi gini? Tapi takpelah. Yang pasti, dia dah pergi dan lepas dia pergi tinggalkan aku sendiri mcm ni. Aku dah SIMEN pintu hati aku. Sejak dia pergi, tak pernah ada pengganti dan tak mungkin ada. Dan dengan siapa JODOH aku, aku pn tak tahu. Serik rasanya nak bagi peluang pada yang sudi menjadi pengganti. Biarlah aku disini. Sampai masa aku akan pergi, tanpa pamitan, tanpa pesan. Dan tika waktu tu jika dia rasa aku masih untuknya, doakanlah semoga ada jodoh antara kita. Jika tak,…MATILAH ENGKAU DALAM HATIKU.

Bicara Tentang Hati (Bah.1)

at 04:44
Assalamualaikum...

   Entah kenapa, pagi ni terasa ni meluahkan sesuatu.yang terbuku dalam hati, terpendam selama ni. Tentang seseorang yang pernah menghuni hati ini. Mungkinkah sekarang dia masih lagi ada dalam hati aku? Allahuaklam..aku sendiri tak pasti. 

   Perkenalan aku dengan dia bermula sejak semester 1 aku di UPSI, dengan kata lain, dia lelaki pertama aku kenal sejak melanjutkan pelajaran di menara gading. Permulaan kisah yang sangat-sangat indah. Terlalu manis untuk dilupakan. Entah macam mana, dari sebagai kawan, perasaan tu bertukar kepada sayang. Dia ? dari perhatian n perbuatannya ditambah dengan risikan kawan-kawan, aku PERCAYA dia punya rasa yang sama. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Aku terus leka dengan perasaan ni. Leka dengan 'kasih' dan 'perhatian' dari dia. Sampailah pada akhir semester, aku ingat lagi 16 Disember 2011. "Malam Kebudayaan Pengurusan Ko". Aku rasa ade yang tak kena. Aku tengok dia mesra dengan seseorang. CEMBURU ? mungkin. Bila hati da mula sayang kan. Apa tindak tanduk dia yang berlainan kita pasti akan perasan. Tapi pada kiraan aku, mungkin aku yang salah faham. Cemburu yang entah apa-apa walhal dia bukan hak aku pun. Tapi bila difikirkan cara layanan dia pada aku,..aku berhak kat dia 'someone special'. 

   Dua-tiga hari lepas tu, gadis yang aku rasa 'semacam' dengan dia mesej aku kat FB and aku yang punya telus,jujur dan berbai sangka ni layanla gadis tu dengan baik. Kawan sekelas kan. Anggap jela dia nak berkawan lagi-lagi semester 1, sem untuk tambah kenalan. langsung TAK fikir apa-apa pasal gadis tu dengan dia. Tapi lama-lama entah macam mana, Tuhan nak tunjuk kot..Aku tahu jugak pasal Dia dan gadis itu. PERASAAN aku ? boleh dikatakan umpama udang yang panas dibakar. dan SEJAK itu. perasaan aku pada dia jadi sesuatu yang aku sendiri tak pasti. SUKA, MINAT, SAYANG atau CINTA ??? dan sejak tu, aku selalu menangis bila fikir ape yang dia dah buat pada aku. Apa yang dibuat, biarlah tersimpan di lipatan hati dan kalau dia tahu apa yang dia buat, Alhamdulillah..sekurang-kurangnya 'anda' tahu apa yang 'anda' lakukan.

"KEPERCAYAAN UMPAMA GELAS KACA, SEKALI IA JATUH BERKECAI,TAK KAN MUNGKIN AKAN KEMBALI KE BENTUK ASAL"

   Bagi aku, terlalu banyak janji-janji, ayat manis dia bagi pada aku dulu, henfon Sony Ericson yang rosak tu menjadi saksi. Kalau henfon tu boleh on lagi, tgok dalam inbox, cuma mesej dia je yang aku simpan. Tapi sayang, henfon tu pn da rosak..tinggal kenangan..sama seperti perasaan dia pada aku dulu mungkin, kenangan semata. 

   Sahabat-sahabat aku jadi saksi berapa ribu kali air mata aku tumpah disebabkan dia. Ada yang marah aku, kenapa aku tetap ada untuk dia walaupun macam-macam dia lukakan hati aku. Kenapa aku tetap ada disaat dia nak cerita sesuatu walaupun aku tak faham,walaupun aku penat, bersengkang mata semua tu tapi saat aku perlukan dia,saat aku perlukan teman utk luahkan perasaan, aku tercari-cari mana dia. dan akhirnya..AKU TETAP HAMPA LAGI. Aku ingat lagi, semester 3..dia ada bagi emel and pasword satu FB dia. Aku xbuka pun sejak hari pertama dia bagi. Tapi entah kenapa satu petang tu, masa aku ke cafe utk online, aku tergerak nak log in FB yang dia bagi..tengok dekat mesej, ade conservation dia dengan gadis tu. Ber'abg', ber'adik'. Sungguh aku cemburu. Tapi layak ke aku cemburu? cemburu aku tak siapa yang peduli pun. Dalam conversation tu dia bgtahu kat gadis tu yang " abg da lepaskan mie"..maksudnya, dia cakap dekat gadis tu yang dia dah LEPASKAN aku, TAK ADA APA-APA dah dengan aku. Dan dengan sekelip mata, air mata aku tumpah lagi. Pedulik ape kat orang sekeliling yang tengok aku menangis pandang skrin laptop. Aku tutup laptop, terkesima, terpaku. Berlari aku ke rumah yani kat tingkat 3,blok 6 KUO. Sesampai aku kt bilik dia, terus aku peluk yani. MENANGIS..mengongoi aku sambil peluk dia seerat mungkin. Sungguh aku lemah..hancurnya hati. SEBAB apa??? sebab MESEJ DIA BAGI PADA GADIS TU.

   Hati aku hancur..sebab dia tak pernah kata pada aku yang dia dan aku dah tak ada apa-apa. Tapi pada gadis tu, dia kata dia dah lepaskan aku. APE CERITA ni? Hati aku dia main-mainkan macam tu je..Aku tekad, tekad taknak da ade ape-ape dengan dia. Pada dia aku dah tak bermakna. Sapa yang tak sedih kan, bila orang yang kata nak jaga aku kat sini masa awal-awal perkenalan dulu,orang yang bg harapan nak buat aku selalu gembira,suka tapi dia jugak yang siat-siat sekeping hati ni. Hari-hari sedih berlalu. Tap selang beberapa hari kemudian, dia datang balik. Dan apa yang aku lakukan...???


SAMBUNGAN di Bicara Tentang Hati (Bah. 2)
 

pena di jari menjadi saksi, luahan rasa di sangkar hati.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting