Thursday, 8 May 2014

Bicara Tentang Hati (Bah.1)

at 04:44
Assalamualaikum...

   Entah kenapa, pagi ni terasa ni meluahkan sesuatu.yang terbuku dalam hati, terpendam selama ni. Tentang seseorang yang pernah menghuni hati ini. Mungkinkah sekarang dia masih lagi ada dalam hati aku? Allahuaklam..aku sendiri tak pasti. 

   Perkenalan aku dengan dia bermula sejak semester 1 aku di UPSI, dengan kata lain, dia lelaki pertama aku kenal sejak melanjutkan pelajaran di menara gading. Permulaan kisah yang sangat-sangat indah. Terlalu manis untuk dilupakan. Entah macam mana, dari sebagai kawan, perasaan tu bertukar kepada sayang. Dia ? dari perhatian n perbuatannya ditambah dengan risikan kawan-kawan, aku PERCAYA dia punya rasa yang sama. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Aku terus leka dengan perasaan ni. Leka dengan 'kasih' dan 'perhatian' dari dia. Sampailah pada akhir semester, aku ingat lagi 16 Disember 2011. "Malam Kebudayaan Pengurusan Ko". Aku rasa ade yang tak kena. Aku tengok dia mesra dengan seseorang. CEMBURU ? mungkin. Bila hati da mula sayang kan. Apa tindak tanduk dia yang berlainan kita pasti akan perasan. Tapi pada kiraan aku, mungkin aku yang salah faham. Cemburu yang entah apa-apa walhal dia bukan hak aku pun. Tapi bila difikirkan cara layanan dia pada aku,..aku berhak kat dia 'someone special'. 

   Dua-tiga hari lepas tu, gadis yang aku rasa 'semacam' dengan dia mesej aku kat FB and aku yang punya telus,jujur dan berbai sangka ni layanla gadis tu dengan baik. Kawan sekelas kan. Anggap jela dia nak berkawan lagi-lagi semester 1, sem untuk tambah kenalan. langsung TAK fikir apa-apa pasal gadis tu dengan dia. Tapi lama-lama entah macam mana, Tuhan nak tunjuk kot..Aku tahu jugak pasal Dia dan gadis itu. PERASAAN aku ? boleh dikatakan umpama udang yang panas dibakar. dan SEJAK itu. perasaan aku pada dia jadi sesuatu yang aku sendiri tak pasti. SUKA, MINAT, SAYANG atau CINTA ??? dan sejak tu, aku selalu menangis bila fikir ape yang dia dah buat pada aku. Apa yang dibuat, biarlah tersimpan di lipatan hati dan kalau dia tahu apa yang dia buat, Alhamdulillah..sekurang-kurangnya 'anda' tahu apa yang 'anda' lakukan.

"KEPERCAYAAN UMPAMA GELAS KACA, SEKALI IA JATUH BERKECAI,TAK KAN MUNGKIN AKAN KEMBALI KE BENTUK ASAL"

   Bagi aku, terlalu banyak janji-janji, ayat manis dia bagi pada aku dulu, henfon Sony Ericson yang rosak tu menjadi saksi. Kalau henfon tu boleh on lagi, tgok dalam inbox, cuma mesej dia je yang aku simpan. Tapi sayang, henfon tu pn da rosak..tinggal kenangan..sama seperti perasaan dia pada aku dulu mungkin, kenangan semata. 

   Sahabat-sahabat aku jadi saksi berapa ribu kali air mata aku tumpah disebabkan dia. Ada yang marah aku, kenapa aku tetap ada untuk dia walaupun macam-macam dia lukakan hati aku. Kenapa aku tetap ada disaat dia nak cerita sesuatu walaupun aku tak faham,walaupun aku penat, bersengkang mata semua tu tapi saat aku perlukan dia,saat aku perlukan teman utk luahkan perasaan, aku tercari-cari mana dia. dan akhirnya..AKU TETAP HAMPA LAGI. Aku ingat lagi, semester 3..dia ada bagi emel and pasword satu FB dia. Aku xbuka pun sejak hari pertama dia bagi. Tapi entah kenapa satu petang tu, masa aku ke cafe utk online, aku tergerak nak log in FB yang dia bagi..tengok dekat mesej, ade conservation dia dengan gadis tu. Ber'abg', ber'adik'. Sungguh aku cemburu. Tapi layak ke aku cemburu? cemburu aku tak siapa yang peduli pun. Dalam conversation tu dia bgtahu kat gadis tu yang " abg da lepaskan mie"..maksudnya, dia cakap dekat gadis tu yang dia dah LEPASKAN aku, TAK ADA APA-APA dah dengan aku. Dan dengan sekelip mata, air mata aku tumpah lagi. Pedulik ape kat orang sekeliling yang tengok aku menangis pandang skrin laptop. Aku tutup laptop, terkesima, terpaku. Berlari aku ke rumah yani kat tingkat 3,blok 6 KUO. Sesampai aku kt bilik dia, terus aku peluk yani. MENANGIS..mengongoi aku sambil peluk dia seerat mungkin. Sungguh aku lemah..hancurnya hati. SEBAB apa??? sebab MESEJ DIA BAGI PADA GADIS TU.

   Hati aku hancur..sebab dia tak pernah kata pada aku yang dia dan aku dah tak ada apa-apa. Tapi pada gadis tu, dia kata dia dah lepaskan aku. APE CERITA ni? Hati aku dia main-mainkan macam tu je..Aku tekad, tekad taknak da ade ape-ape dengan dia. Pada dia aku dah tak bermakna. Sapa yang tak sedih kan, bila orang yang kata nak jaga aku kat sini masa awal-awal perkenalan dulu,orang yang bg harapan nak buat aku selalu gembira,suka tapi dia jugak yang siat-siat sekeping hati ni. Hari-hari sedih berlalu. Tap selang beberapa hari kemudian, dia datang balik. Dan apa yang aku lakukan...???


SAMBUNGAN di Bicara Tentang Hati (Bah. 2)
 

pena di jari menjadi saksi, luahan rasa di sangkar hati.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting