Apa yang aku mampu
lakukan bila dia muncul tegur aku..tanpa rasa bersalah, tanpa apa-apa
penjelasan..? sungguh..HATI AKU RAPUH, LEMBUT..mudah anggap semuanya ok..mungkin
tu sebab kenapa aku selalu jadi mangsa permainan dia. Aku sendiri tak dapat nak
keraskan hati aku. Pada aku, biarlah aku yang makan hati, asalkan dia ada. Tapi
kehadiran aku? Pernah ke dia hargai? Entah..tak berani nak persoalkan. Takut menangis
lagi kot.
Dan pasal gadis tu,
aku sampai sekarang tak boleh nak hadap muka gadis tu. BENCI ? tak.. Aku tak benci
gadis tu. Tapi aku tak nak langsung tengok mukanya. Bila aku tengok gadis tu, aku akan
salahkan gadis tu dalam keretakan ‘HUBUNGAN’ aku dengan dia. Meskipun aku dan
berusaha untuk berbaik dengan gadis tu, aku mencuba..bukan sekali, bukan dua
kali tapi berkali-kali yang akhirnya aku menyerah sebab aku tahu aku tak
merasai ikhlas untuk menerima keadaan yang berlaku. Aku tahu, dia dah tak rasa
apa yang aku rasa, perasaan dia pada aku dah pudar. Bukan setakat PUDAR, tapi
mungkin dah HILANG terus dari hati dia..mana tahu kan..?? Satu perkara yang aku
akui, sejak aku dengan dia. Aku tutup pintu hati aku pada orang lain meskipun
ramai yang mencuba. Bodohnya aku kerna terlalu YAKIN dengan ‘sayang’ yang dia
berikan. Selalu aku TANYA SAMA HATI, betul ke aku masih berharap..dan
jawapannya aku selalu buntu. Aku sendiri tak tahu perasaan aku. Sakit..sakit sangat rasanya. Tapi, adakah dia peduli ? Yang paling jelas dan nyata, dia tak akan like atau komen pada post-post aku di FB. Tapi kalau post2 gadis tu, mmg xlekang la nama dia yang jadi pengelike setia. Tak puas hati ? Tak..aku xrasa gitu.. cuma aku tertanya..kenapa aku..aku..dan aku..?
Kadang-kala aku rasa
ingin mengintip takdirku..supaya aku tak kecewa di kemudian hari. Tapi aku
tahu, Tuhan merahsiakannya..agar aku berusaha mencipta takdir yang indah..seiring
dengan kemahuanku dan yang paling penting, dengan keredhaan-Nya.
Sungguh sekarang
aku semakin menerima keadaan yang berlaku..dah lama ku pujuk hati..semuanya dah
berakhir. Walaupun kadang-kadang aku rasa aku masih ada harapan. Tapi dia
selalu sedarkan aku…HARAPAN tu cuma ANGAN-ANGAN tak mungkin akan jadi
KENYATAAN. Walaupun aku kecewa dengan apa yang berlaku..tapi entahlah..ada
sesuatu yang tak terungkap dengan kata-kata. Sesuatu yang menyebabkan aku setia
menerima dia seadanya walaupun dia hancurkan hati aku dengan kejam. Dalam
situasi macam ni, aku tak pasti sama ada aku ikhlas atau tak dengan penghujung
kisah ini. Sedih, pilu, kecewa..tapi reda dan pasrahnya entah dimana. Selalu aku
berdoa agar diberi kekuatan….untuk melupakan segalanya. Tapi mungkin itu ujian
yang Tuhan bagi, sama ada aku mampu atau tidak dan hakikat sekarang..MAAFKAN
AKU. AKU TAK PEMAAF SEBEGITU. Biarlah dia dan gadis tu nak cakap aku itu
ini..hakikatnya itu aku. Hipokritnya aku biarlah aku yang faham sendiri
mengapa.
Dan untuk dia, bila
ditanya kenapa aku masih setia disini..aku nak dia tahu..ada sesuatu yang masih
belum selesai. Perjalanan kita di UPSI ini masih panjang dan aku masih pegang
janji dia di awal perkenalan dulu, jadi teman sepanjang kita di sini. Kalau dia
lupa, takpa..aku maafkan..:) dan untuk gadis tu, kenapa aku taknak
hadap+bertentang mata dengan kau, bukan kerana aku terlalu bencikan kau,,tapi
aku nak jaga hati aku dari terus menyalahkan kau..biarlah aku tak jumpa gadis
tu lagi kalau tu cara untuk aku senangkan hati semua pihak.
Untuk dia, kenapa
aku persoalkan tentang ‘tanggungjawab terhadap apa perbuatan yang kita lakukan’,
sebab ada perkara yang kita tak boleh abaikan di dunia. ‘Benda’ tu akan dipersoalkan
di akhirat atas tiap-tiap perbuatan yang kita dah lakukan. Aku tersentap bila
ada kawan yang cerita pasal dunia akhirat pada aku tadi. :’( Dulu aku fikir, lepas lupakan segalanya, aku
akan tenang tapi nyata aku silap, kesilapan lalu menghantui aku..hari demi
hari..saat demi saat..sampai aku lemas,aku penat. Aku harap dia tenang,
baik-baik saja kt sana.
Banyak sebenarnya
yang aku nak dia tahu. Tapi aku yakin, dia pn tak pernah berusaha nak amik tahu
pasal apa yang aku rasa. Terkadang aku selalu menyalahkan diri sendiri dengan ape yang terjadi. Tertekan. Kenapa jd mcm ni? Ape salah aku smpai jadi gini? Tapi takpelah. Yang pasti, dia dah pergi dan lepas dia pergi tinggalkan aku
sendiri mcm ni. Aku dah SIMEN pintu hati aku. Sejak dia pergi, tak pernah ada
pengganti dan tak mungkin ada. Dan dengan siapa JODOH aku, aku pn tak tahu.
Serik rasanya nak bagi peluang pada yang sudi menjadi pengganti. Biarlah aku
disini. Sampai masa aku akan pergi, tanpa pamitan, tanpa pesan. Dan tika waktu
tu jika dia rasa aku masih untuknya, doakanlah semoga ada jodoh antara kita. Jika
tak,…MATILAH ENGKAU DALAM HATIKU.

