Tuesday, 17 February 2015

Salam Semester 8 !

at 18:36 0 comments
Assalamualaikum diari..

       Lama tak ketemu. Rindu aku sangat rindu kamu..! Hari ni masuk hari ke-2 bermulanya semester lapan ! Maknanya inilah semester akhir untuk aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris ni. Tak sangka masa sangat pantas meninggalkan kita. Dalam tak sangka, empat tahun berlalu sekelip mata. Tak lama lagi aku akan meninggalkan tempat ni, mungkin untuk selama-lamanya. Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberikan aku kesihatan dan kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. 

       Semester 8 ni mungkin menuntut komitmen yang tinggi dari aku. Fokus kepada eseimen dan tesis!!! Moga aku dapat menyiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Moga Allah permudahkan lagi urusanku dari awal hingga akhir ! 

       
 

pena di jari menjadi saksi, luahan rasa di sangkar hati.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting