Hari ni tergerak nak sambung cerita tentang H. Entahlah, bukan tak yakin, cuma kadang-kadang rasa tak layak untuk mendapat cinta seseorang. berkisar kembali kepada si H,,
Aku setuju untuk berkenalan dengan dia sebab kawan aku cakap dia anak yang baik. Anak yang menjaga mak dia selepas ayahnya meninggal. Mula dari situ, aku berfikir banyak kali. Kesudahannya, aku setuju untuk berkenalan dengan dia. Yelah. Zaman sekarang ni bukan senang nak jumpa anak lelaki yang bertanggungjawab terhadap lelaki keluarga. Aku dah jumpa, cuma belum tentu dia nak berkenalan dengan aku kan? Lagi-lagi lepas tu aku tahu yang H ni kerjanya di Gym. Orang bina badan. Huhuhuhu. Lagi bertambah luluh semangat nak kenal
Tapi aku tekad, kali ni. Biarlah kali ini aku serahkan takdir ini pada Yang Maha Kuasa. Aku tak nak lagi pisang berbuah dua kali. Jadi, sebelum mengenalinya aku mendekatkan diri pada Allah s.w.t dulu. Niatku bukan sekadar untuk mendapatkan jodoh yang baik saja sebab aku takut aku berpura-pura. Aku takut Allah memberikan jodoh yang turut berpura-pura baik untuk mendapatkan yang baik. Nauzubillahiminzalik..huhu.
Aku pun dah niat nak perbaiki hidup aku, bermula dengan perbaiki solatku. Maka, aku cuba rajinkan solat tahajud dan dhuha dulu. Bila dah solat sunat tu, aku fikir alang-alang dah mendekatkan diri pada Allah, apa salahnya aku mohon rahmat Allah tuk ringan dan permudahkan jodoh aku. Kan?
Jadi, aku selitkan H dalam doa yang aku panjatkan pada Allah. Doaku moga pertemuan yang telah Allah aturkan bukan satu pertemuan yang sia-sia. Doaku jika H itu jodohku, berikan aku petunjuk dengannya dan pelbagai lagi yang Allah lebih tahu,
Selepas aku usaha untuk dapatkan petunjuk untuk berkenalan dengan H, aku yakin dengan keputusan yang aku buat. Akhirnyaaaa, akhirnya aku berani mesej H dlu. Rase nak tekup muka dengan bantal disebabkan malu mulakan step. Tapi mesej da lepaskan. Tabahkan jela hati..hehehe.
H reply mesej aku. Tapi lepas dia kata boleh je berkenalan dengan aku, aku jadi kelu. Ape lagi nak borak dengan dia? Macam mana nak bagitahu aku ade sebab nak kenal dia? lepas tu aku diam je. Dia pun dia kali diamlah. Hahaha. Lepas sebulan duk minta petunjuk Allah ditambah dengan sikap manusia yang tak pernah nak bersabar ni, aku tekad nak melamar dia. MELAMAR ???
Yesss. Aku lamar H untuk dijadikan suami, Tu lah tindakan berani mati aku. Untung tak mati betul-betul je,,hahaha. Lepas tu dupdapdupdap tunggu jawapan H. Dia tak reply pun. Esoknya dia reply mesej aku. Aku dapat jawapan dia.
" Saya teramat hargai lamaran awak, tidak ramai wanita yg berani melamar seorg lelaki hanya wanita2 yang hebat mampu melaksanakan seperti siti khadijah melamar rasulullah, sy benar2 hargainya... maafkan sy, sy belum bersedia lagi ke arah itu sebab sy kenal diri sy mcm mana, maafkan saya jikalau jawapan sy menolak lamaran awak membuatkan awak bersedih, carilah lelaki yg benar2 boleh menjaga awak dan memberi didikan agama kepada awak..."
................it's meant i'm been rejected.
Tapi, aku tak sedih dengan jawapan yang dia berikan. Aku tetap berdoa ada hikmah disebalik penantian yang direncanakan Yang Maha Esa dan aku tetap berdoa moga Allah campakkan perasaan dalam hatinya untukku. Ameen.

