Thursday, 23 February 2017

Dia Yang Ku Nanti...

at 23:24 0 comments
Assalamualaikum.

   Hari ni tergerak nak sambung cerita tentang H. Entahlah, bukan tak yakin, cuma kadang-kadang rasa tak layak untuk mendapat cinta seseorang. berkisar kembali kepada si H,,

   Aku setuju untuk berkenalan dengan dia sebab kawan aku cakap dia anak yang baik. Anak yang menjaga mak dia selepas ayahnya meninggal. Mula dari situ, aku berfikir banyak kali. Kesudahannya, aku setuju untuk berkenalan dengan dia. Yelah. Zaman sekarang ni bukan senang nak jumpa anak lelaki yang bertanggungjawab terhadap lelaki  keluarga. Aku dah jumpa, cuma belum tentu dia nak berkenalan dengan aku kan? Lagi-lagi lepas tu aku tahu yang H ni kerjanya di Gym. Orang bina badan. Huhuhuhu. Lagi bertambah luluh semangat nak kenal

   Tapi aku tekad, kali ni. Biarlah kali ini aku serahkan takdir ini pada Yang Maha Kuasa. Aku tak nak lagi pisang berbuah dua kali. Jadi, sebelum mengenalinya aku mendekatkan diri pada Allah s.w.t dulu. Niatku bukan sekadar untuk mendapatkan jodoh yang baik saja sebab aku takut aku berpura-pura. Aku takut Allah memberikan jodoh yang turut berpura-pura baik untuk mendapatkan yang baik. Nauzubillahiminzalik..huhu. 

   Aku pun dah niat nak perbaiki hidup aku, bermula dengan perbaiki solatku. Maka, aku cuba rajinkan solat tahajud dan dhuha dulu. Bila dah solat sunat tu, aku fikir alang-alang dah mendekatkan diri pada Allah, apa salahnya aku mohon rahmat Allah tuk ringan dan permudahkan jodoh aku. Kan?
Jadi, aku selitkan H dalam doa yang aku panjatkan pada Allah. Doaku moga pertemuan yang telah Allah aturkan bukan satu pertemuan yang sia-sia. Doaku jika H itu jodohku, berikan aku petunjuk dengannya dan pelbagai lagi yang Allah lebih tahu,

   Selepas aku usaha untuk dapatkan petunjuk untuk berkenalan dengan H, aku yakin dengan keputusan yang aku buat. Akhirnyaaaa, akhirnya aku berani mesej H dlu. Rase nak tekup muka dengan bantal disebabkan malu mulakan step. Tapi mesej da lepaskan. Tabahkan jela hati..hehehe.

   H reply mesej aku. Tapi lepas dia kata boleh je berkenalan dengan aku, aku jadi kelu. Ape lagi nak borak dengan dia? Macam mana nak bagitahu aku ade sebab nak kenal dia? lepas tu aku diam je. Dia pun dia kali diamlah. Hahaha. Lepas sebulan duk minta petunjuk Allah ditambah dengan sikap manusia yang tak pernah nak bersabar ni, aku tekad nak melamar dia. MELAMAR ???

   Yesss. Aku lamar H untuk dijadikan suami, Tu lah tindakan berani mati aku. Untung tak mati betul-betul je,,hahaha. Lepas tu dupdapdupdap tunggu jawapan H. Dia tak reply pun. Esoknya dia reply mesej aku. Aku dapat jawapan dia.

         " Saya teramat hargai lamaran awak, tidak ramai wanita yg berani melamar seorg lelaki hanya wanita2 yang hebat mampu melaksanakan seperti siti khadijah melamar rasulullah, sy benar2 hargainya... maafkan sy, sy belum bersedia lagi ke arah itu sebab sy kenal diri sy mcm mana, maafkan saya jikalau jawapan sy menolak lamaran awak membuatkan awak bersedih, carilah lelaki yg benar2 boleh menjaga awak dan memberi didikan agama kepada awak..."

................it's meant i'm been rejected. 

   Tapi, aku tak sedih dengan jawapan yang dia berikan. Aku tetap berdoa ada hikmah disebalik penantian yang direncanakan Yang Maha Esa dan aku tetap berdoa moga Allah campakkan perasaan dalam hatinya untukku. Ameen.

Saturday, 18 February 2017

2017 - Aku Kembali Untuk Mengukir Cerita Kehidupanku

at 11:57 0 comments
Assalamualaikum..

   Lama sungguh tak berbicara dengan blog..huhuhu..Aku terlupa aku ada blog. Ni masa nak sibuk nak buat kerja baru terfikir nak cari mana blog aku yang telah tenggelam bertahun lamanya ni.

   Alhamdulillah, sekarang dah menjengah minggu ketiga bulan Feb, 2017 ! Dahhhhh 2017 !!!!

   Kejap je masa berlalu. Inilah aku. Asal update blog je duk ulang pasal masa cepat berlalu. takde cerita lain ! hahaha.. Alhamdulillah juga dengan nikmat hidup yang telah Allah kurniakan, termasuk syukur terhadap ujian yang telah membuatkan aku lebih KEBAL dari sebelumnya. :)

   Dah 2017 ni jugak, banyak cerita kehidupan yang tak sempat direkodkan dalam blog kesayangan. Maknanya, tak adalah kenangan yang mampu dikenang 10 tahun akan datang. :D

   Sekarang aku dah bergelar GURU ! Alhamdulillah lagi sekali. Allah permudahkan rencana kerjaya aku. Mungkin kerana niat nak tolong ibu maka Allah permudahkan cita-citaku. Atau sebenarnya DOA dari ibu yang tak pernah putus meletakkan aku di tahap ini. Atau mungkin kedua-dua asbab di atas menjadikan aku berjaya sehingga sekarang. Terima kasih Allah. Terima kasih Ibu ! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

   Sekarang aku bertugas di Pasir Gudang, Johor. Entah berapa lama lah aku akan berada di sini. Huhu. Kekadang hati memberontak nak pergi dari sini. Tapi siapalah aku nak menolak takdir Allah. Kan? Aku yakin akan ada hikmah kenapa aku ditempatkan di negeri asing ini.

   Tentang diri aku pula ? Alhamdulillah. Aku makin mengerti makna hidup di atas muka bumi ni. Tentang seseorang yang pernah singgah dalam hidupku, Kini dia telah pergi. Pergi dengan mutlak dari diari hidupku. Di akhirnya, kami tetap tiada jodoh. Alhamdulillah. Allah sedarkan aku sebelum terlewat. Sekarang aku makin gagah melangkah mencari keredhaan dan keampunan Allah. Dulu jahilliyah sangat. Huhuhu. Tapi sesungguhnya pintu taubat Allah masih terbuka selagi matahari tak terbit dari Barat kan ? Jom sama-sama mencari redha-Nya? ☺☺☺

   Di usia menjangkau 26 tahun kini, aku masih lagi sendiri. Sendiri yang kadang-kala aku terfikir bilakah aku akan berpasangan. Bilakah aku akan ditemukan dengan jodoh yang tepat. Bilakah aku akan ada teman suka dan duka untuk menempuh jalan kehidupan yang penuh liku ni. Waktu sekarang, rakan-rakan baikku semua sudah menemukan pemilik tulang rusuk mereka. Tapi aku?

   Bukan aku tak usaha, tapi mungkin usahaku masih belum di tahap maksima. Huhu. Moga aku terus menjadikan solat dan sabar sebagai penolongku. Moga dengan penantian ini, aku akan menemukan jodoh yang tepat untuk diriku. Hakikatnya, aku sedang menanti. Menanti apa? Jodoh ke ? Hehehe.

   Yup ! Aku menanti si dia ! Seseorang yang telah menyebabkan aku mendoakan dia agar menjadi jodohku. Aku pun tak tahu siapa dia yang sebenar. Cuma, kewujudan dia menyebabkan aku meletakkan dia sebagai impian masa depan yang harus aku capai !

   Dia bernama H****. Cukup cuma dikenali sebagai H. Ku kenal dia sewaktu majlis perkahwinan sahabat baikku. H sepupu kawanku. Kawanku dan keluarganya berkenan pada aku dan berniat nak kenalkan aku dengan H. Tetapi aku menolak dengan baik sebab masih rasa belum bersedia untuk berkenalan lagi. Sebelum aku pulang, Aku bersalaman dengan ibu pengantin. Mak kawanku tu lah suruh H bagikan goodies kepada aku, dan dia pun berikan ! Aku cuma menerima tanpa pandang ke wajahnya langsung ! Malu mungkin. Opsss ! Hehehe

   Pada aku, setakat situ je kesudahan ceritanya. Tapi kawan-kawanku menggalakkan aku untuk berkenalan dengan H dengan lebih dekat. Masalahnya aku ni bukan rajin sangat nak mesej-mesej orang ni ! Huhuhu. Tetapi ada satu perkara yang buatkan aku bersetuju untuk berkenalan dengan H. Apakah ia.........?

Bersambung...

 
 

pena di jari menjadi saksi, luahan rasa di sangkar hati.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting