Assalamualaikum...
Amboii..title nak gempak je kan..huhu..btw, aku sebenarnya terkesan dengan ayat tu. 'Hidup adalah untuk menuai kebaikan.' Tapi, bila kite refresh balek masa kita yang berlalu, adakah kita da menuai kebaikan dalam hidup kita ? Pandang cermin, tengok semula muka kita yang cantik ciptaan Ilahi ni. Muhasabah diri sendiri.huhu.. Actually, perasaan aku tengah berkocak, bergelodak masa tulis entry ni. :'(
Sedih, menyesal bla3..semuanya bergabung. Aku ada baca dalam buku tanda-tanda akhir zaman kalau tak silap ( tak boleh nak confirmkan sebab buku ada kat kampung..huhu), umat akhir zaman ni umpama buih dilautan, ramai tetapi lemah. mudah diperkotak-katikkan. Tak payah tuju ke orang lain, pandang diri sendiri pun tahu da...huhu...takutnya bila muhasabah diri sendiri. Banyaknya penyesalan aku berbanding kebaikan yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku ni. Bila berubah, memang boleh berubah tapi ISTIQAMAH itu sungguh aku payah. Allahu..apa yang boleh menjadi saksi amalku bila nanti aku menghadap-Mu? :'(
Entahlah..penyesalan itu terbuku di hati.. tak terluah dek masa..bila mengenangkannya, automatiks aku akan sedih. Ya Allah..moga sakit yang aku lalui sekarang sebagai kaffarah dosa-dosaku dan semoga ianya menjadi surat cinta dari-Mu untuk aku kembali ke pangkal jalan. Act 18 April lepas aku dah buat minor operation untuk ketumbuhan di part of my body and now, luka operate tu makin kering and ok..Alhamdulillah.
Semalam, 24 April, aku tak boleh tido lagi. :'( Tak dinafikan, kesukaran untuk tido adalah penyakit/masalah yang telah lama sebati dengan aku. Orang kata kalau susah tido ni tanda kita ni ada mengalami gangguan. Wallahua'lam la..Nauzubillahi minzalik. Then bila tak dapat tido tu, aku rasa tertekan sangat. Menangis jadinya. Nampak tak tu yumie? Kau tak redha bila Allah uji.Tu baru sikit kan..And last, PENYESALAN juga yang aku rasa. Sebab apa? sebab tu la..aku menyesal sebab banyak mengeluh dari redha. Kan patutnya aku rasa bahagia,bersyukur dengan ujian dari Ilahi tu. Sakit kan tanda Allah sayang kita and InsyaAllah sebagai kaffarah dosa-dosa kita. Yelah, dosa aku kan da bertimbun-timbun. Kalau la dosa tu Allah zahirkan, mahu nya lagi tinggi dari gunung Everest dan lagi BUSUK dari bangkai sehinggakan tak ada satu manusia pun sanggup mendekati kita dek busuknya dosa-dosa kita tu :'(
Terima Kasih Allah sebab menutup aibku selama ini. Moga Kau tutup jua aibku di AKHIRAT nanti. Insya-Allah :')
teringat kata salah seorang kenalanku, Wana Anabella (FB) bila dia tanya pasal minor operate aku minggu lepas, katanya :
" u r chosen from many of people. Allah love u.. Sakit kaffarah dosa jga tanda KASIH SAYANG Allah..Allah rindu nak dengar DOA dari mie..U such a good gurl n daughter.."
lepas aku baca ayat tu, terus aku tersedar. Tu la kan..jauhnya aku tersasar, lamanya aku terleka. Insaf cuma hangat-hangat tahi ayam je..huhu..Allah..Allah..Allah...dakaplah hatiku..AKU INGIN MENCINTAI-MU dan kekasih-Mu, RASULULLAH S.A.W. :')

