6 Januari 2014..Unofficially hari ni exam untuk semester 5 da berakhir. sebenarnya ada lagi exam 11hb ni, English Language 4..tapi just an objective paper..boleh kot goreng2. Tapi insya-Allah tetap ada sedikit persediaan untuk menghadapi peperiksaan tu ^_^.
Sebenarnya entri kali ini adalah untuk menceritakan sesuatu. Sesuatu yang bermain dalam minda, dalam hati. Refer pada tajuk blog la kan.Luahan Rasa di Sangkar Hati. Jadi, blog ni pun sebagai medium untuk meluahkan apa yang aku rasa supaya satu hari nanti, aku akan ingat balik apa yang terjadi sekarang, sebagai pengajaran dan berubah ke arah lebih baik.
Back to the main point..cehh..speaking konon..hehe..effect untuk last paper la ni kot. Tak pe la..untuk mengukuhkan lagi BI aku yang berterabur ni sebenarnya. Aminn.. Sebenarnya entri ni nak cerita pasal tadi, masa aku keluar dengan seorang kawan ni. Kawan yang aku kenal since semester 1 and one of my bestfriend. Dialah yang selalu ada dalam susah & senang aku. Pendek kata, dia memang kawan yang baik. And dear friends, i just want you to know, you are the best and i love u most :) Aku suka bercerita dgn dia baik hal study, kawan-kawan, kehidupan, ekonomi + politik (sebab kami amik course sama,Pengajian Malaysia dengan Pendidikan), isu-isu semasa, masa depan & banyak bendalah. Tadi topik kami borakkan adalah pasal kawan. K.A.W.A.N. Kita semua ada kawan kan ? Tak kisahlah kawan rapat atau pun tak atau kawan atas nama kenalan. Tapi bila bicara pasal kawan. Terkadang ia terlalu sensitif, terlalu sukar untuk difahami. Kann ?
Sungguh. Aku memang selalu rasa macam tu. Aku mengaku, aku bukanlah seorang yang peramah. Kadang-kadang aku tak pandai nak menghargai erti kawan atau sahabat tu. Mungkin disebabkan tu, aku selalu memandang erti kawan tu tak sama dengan orang lain. Kalau nak kemana-mana atau nak buat apa-apa, aku prefer buat sendiri. Pada aku, aku tak nak & tak akan menyusahkan orang lain untuk kepentingan aku. Tak sampai hati nak susahkan kawan contoh mintak kawan teman aku padahal i can do it on my own ! Dan disebabkan ni la ada seorang insan tu selalu kata aku ni bersendirian + takda kawan..sampai hati dia..huhu..
Kadang-kadang kita susah nak jaga hati kawan kita walaupun dalam hal yang paling remeh. Kann ?? Pasal kawan tikam belakang, kawan mengata kawan yang lain, kawan terasa hati dengan kita, kita terasa hati dengan kawan. Pada aku, semua ni biasa dalam konteks persahabatan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula tali persahabatan. Tapi macam mana kita nak hadapi situasi ni. Macam mana kita nak bersangka baik dengan kawan kita. Jangan mudah terpedaya dengan muslihat syaitan yang nak merosakkan kita dalam pelbagai cara. Kan3 ?
Teringat aku pada kata-kata Yang Bahagia Ustaz Mohd Kazim Elias, " Dalam seribu kejahatan akan ada satu kebaikan. Dalam seribu kebaikan akan ada satu keburukan. Biasanya yang satu itu yang dipersoalkan manusia." Cuba muhasabah diri balik. Betul atau tak kata-kata ni ? Kita terlalu mengharapkan yang sempurna daripada orang lain tapi kita lupa kekurangan pada diri kita hingga kita selalu melihat keburukan orang lain berbanding pelbagai kebaikan yang telah mereka buat. Astaghfirullah hal azim. Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat buruk sebegini. Aminn.
Kesimpulannya, pada aku, kita sendiri yang perlu muhasabah diri sendiri sebelum menilai seseorang. Kita sebenarnya jangan terlalu mengharap kita akan dibalas dengan 'bunga sakura' setiap masa. Kadang-kadang 'kopi tanpa gula' tu perlu supaya kita tak rasa kita ni lah yang paling betul setiap masa. Kata-kata ni bukan untuk menghentam orang, tapi sebenarnya untuk diri sendiri juga. "What you give, you'll get back." Jadi, kalau kita buat baik pada sesama kita, Insya-Allah, Yang Maha Esa akan membalasnya dengan sesuatu yang tidak kita duga. Bersangka baiklah sesama manusia. Insya-Allah. Chill.. (^_^)
::..Sebaik-baik sahabat ialah apabila kamu melihatnya, kamu akan lebih mengingat Allah..::



0 comments:
Post a Comment