Hari ni, tanggal 20 Jun 2014..pengakhiran kisah untuk semester ke 6 di Universiti Pendidikan Sultan Idris ni. Alhamdulillah wa syukurillah :) Masa cepat sangat berlalu..membawa perasaan yang berbunga-bunga. Berbunga la sangat..hahaha. Alhamdulillah untuk kegembiraan dan kebahagiaan yang Allah telah kurniakan pada aku. Dalam suka ada duka. Tapi kita tak patut menyelar riang hati yang Illahi kurniakan..ye dop ? Madah sangattt...:)
Hari ni paper terakhir untuk kami, Pelajar Semester 6 Pengajian Malaysia dengan Pendidikan ! paper 'Kaedah Penyelidikan Sains Sosial'. Entahla..aku bedal je ikut akal aku ni berbicara. Moga kputusan exam kali ni mampu tambah kegembiraan aku. Sedih wuu...pointer susut je tiap-tiap sem. Bebal sangat ke aku ni? alahai..tu lah..pemalas tahap super saiya kan..kan da mendapat..hehe..6 Sem dah berlalu..lepas ni perjalanan hidup aku diteruskan di sekolah pulak..sebagai guru praktikum. Aduhhh..nalen laa..da cukup ke ilmu aku ni?
Entahlah..hari akhir ni, peperiksaan akhir ni..aku tengok gelagat kawan-kawan yang nak berpisah..sayu ade.sedih ade..takde perasaan pn ade..wohaa ! Haha..kawan-kawan ade yang nanges-nanges, mintak maaf, say goodluck. Alahai..macam da berpisah untuk sem8 je kan. Kami da nak berpraktikum. Masing-masing dengan haluan sendiri, demi mencapai cita-cita. Harap semester 7 ni akan berlalu dengan pantas dan baik. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Aminn..
Moga dipermudahkan dalam mengejar cita dan cinta yumie..:)

