Thursday, 9 January 2014

UJIAN..Adakah aku Redha ?

at 22:22
Bismillahirrahmannirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Ya Allah..sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui. Aku mohon pada-Mu supaya aku tergolong dalam golongan hamba yang bersabar. Aku diuji lagi. Maha Suci Allah yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Ya. Allah pilih aku untuk diuji. Tapi kenapa aku sedih? kenapa aku semacam tak redha dengan ujian ni? Aku cuma insan biasa. Hamba Allah yang tak punya kekuatan melainkan dengan pertolongan dari Allah.

Hari ini..9 Januari 2014. Aku terdetik untuk buat medical check-up. Baru-baru ni aku perasan ade satu benjolan di tubuhku. Awalnya aku sangkakan tu biasa. Aku abaikan je. Tapi entah kenapa rasa tak sedap hati. Terdetik nk pergi check. Semalam aku pergi ke klinik Nabilah dekat depan padang UPSI. Tapi takde pulak doktor perempuan. Nak cek dengan doktor lelaki aku segan. Sebaik-baiknya kita jumpalah doktor yang sejenis dengan kita kan. Aurat tu perlu dipelihara melainkan keadaan yang betul-betul darurat. Itu salah satu matlamat aku dalam kehidupan aku. Menjaga auratku sebaik mungkin. Zaman jahiliyyah dulu, biarkan ia berlalu, menjadi rahsia aku dengan yang Maha Kuasa. :'(

Berbalik kepada cerita tadi, memandangkan hari ni Dr perempuan on-call, jadinya aku terusla minta nk buat rawatan. Lebih kurang dalam 10 minit aku tunggu, nama aku dipanggil. Aku masuk dengan rasa yang berkecamuk. Takut, berdebar-debar. Semua ada. Tapi senyuman yang Dr. Elyani bagi masa aku nk duduk tu dapat buat hati ni sedikit tenang. Dr tanya aku apa yang aku rasa. Lepas cakap itu ini, Dr kata aku kene jumpa pakar. Astaghfirullah al-azim. Teruk sangat ke sampai kena jumpa pakar semua ni. Rasa nak menangis ada. Tapi Dr suruh refer pd Klinik UPSI dulu. Kat Klinik UPSI pn Dr cakap benda sama. Allahurabbi... Moga-moga aku tak apa-apa. Lindungilah aku Ya Allah..:'(

Aku takut. Takut nak jumpa pakar. Takut nak tahu kenyataan apa yang sebenarnya jadi. Dalam kepala aku ni da fikir MATI je. Takut mati ? YA..aku memang takut mati. Sebab apa ? Sebab aku tahu dan aku yakin, bekalan amal aku masih kosong. Ibadah aku masih melopong2. Kalau aku mati, apa yang aku nk bawa tuk masuk kubur nnti. Macam mana aku nak menjawab dengan malaikat Munkar Nakir ? Diseksa,dipukul, dipalu atas kesalahan sejak kita akil baligh. Ya Allah. Aku takut. Aku takut diberi suul khatimah. Aku tak nak penghujung yang buruk Ya Allah. Aku taku dosa-dosaku tak terampun di dunia ni. Jadi bagaimana aku boleh berlapang dada bila memikirkan soal MATI ???

Cuma aku mohon, Allah bagi aku kesempatan. Untuk berbakti kepada ibu bapaku. Untuk memohon maaf dari orang yang aku sakiti dan tersakiti. Melunaskan hutangku pada mereka. Ya Allah..jadikanlah aku tergolong dalam golongan hamba yang Engkau kasihi.

::..YAKIN ! Allah tak akan membebani diluar kemampuan hamba-hamba-Nya...::

Tuesday, 7 January 2014

K.A.W.A.N..Apa ertinya engkau padaku..

at 03:05 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

       6 Januari 2014..Unofficially hari ni exam untuk semester 5 da berakhir. sebenarnya ada lagi exam 11hb ni, English Language 4..tapi just an objective paper..boleh kot goreng2. Tapi insya-Allah tetap ada sedikit persediaan untuk menghadapi peperiksaan tu ^_^.

       Sebenarnya entri kali ini adalah untuk menceritakan sesuatu. Sesuatu yang bermain dalam minda, dalam hati. Refer pada tajuk blog la kan.Luahan Rasa di Sangkar Hati. Jadi, blog ni pun sebagai medium untuk meluahkan apa yang aku rasa supaya satu hari nanti, aku akan ingat balik apa yang terjadi sekarang, sebagai pengajaran dan berubah ke arah lebih baik.

      Back to the main point..cehh..speaking konon..hehe..effect untuk last paper la ni kot. Tak pe la..untuk mengukuhkan lagi BI aku yang berterabur ni sebenarnya. Aminn.. Sebenarnya entri ni nak cerita pasal tadi, masa aku keluar dengan seorang kawan ni. Kawan yang aku kenal since semester 1 and one of my bestfriend. Dialah yang selalu ada dalam susah & senang aku. Pendek kata, dia memang kawan yang baik. And dear friends, i just want you to know, you are the best and i love u most :)  Aku suka bercerita dgn dia baik hal study, kawan-kawan, kehidupan, ekonomi + politik (sebab kami amik course sama,Pengajian Malaysia dengan Pendidikan), isu-isu semasa, masa depan & banyak bendalah. Tadi topik kami borakkan adalah pasal kawan. K.A.W.A.N. Kita semua ada kawan kan ? Tak kisahlah kawan rapat atau pun tak atau kawan atas nama kenalan. Tapi bila bicara pasal kawan. Terkadang ia terlalu sensitif, terlalu sukar untuk difahami. Kann ?

       Sungguh. Aku memang selalu rasa macam tu. Aku mengaku, aku bukanlah seorang yang peramah. Kadang-kadang aku tak pandai nak menghargai erti kawan atau sahabat tu. Mungkin disebabkan tu, aku selalu memandang erti kawan tu tak sama dengan orang lain. Kalau nak kemana-mana atau nak buat apa-apa, aku prefer buat sendiri. Pada aku, aku tak nak & tak akan menyusahkan orang lain untuk kepentingan aku. Tak sampai hati nak susahkan kawan contoh mintak kawan teman aku padahal i can do it on my own !  Dan disebabkan ni la ada seorang insan tu selalu kata aku ni bersendirian + takda kawan..sampai hati dia..huhu..

      Kadang-kadang kita susah nak jaga hati kawan kita walaupun dalam hal yang paling remeh. Kann ?? Pasal kawan tikam belakang, kawan mengata kawan yang lain, kawan terasa hati dengan kita, kita terasa hati dengan kawan. Pada aku, semua ni biasa dalam konteks persahabatan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula tali persahabatan. Tapi macam mana kita nak hadapi situasi ni. Macam mana kita nak bersangka baik dengan kawan kita. Jangan mudah terpedaya dengan muslihat syaitan yang nak merosakkan kita dalam pelbagai cara. Kan3 ?

       Teringat aku pada kata-kata Yang Bahagia Ustaz Mohd Kazim Elias, " Dalam seribu kejahatan akan ada satu kebaikan. Dalam seribu kebaikan akan ada satu keburukan. Biasanya yang satu itu yang dipersoalkan manusia." Cuba muhasabah diri balik. Betul atau tak kata-kata ni ? Kita terlalu mengharapkan yang sempurna daripada orang lain tapi kita lupa kekurangan pada diri kita hingga kita selalu melihat keburukan orang lain berbanding pelbagai kebaikan yang telah mereka buat. Astaghfirullah hal azim. Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat buruk sebegini. Aminn.
      
       Kesimpulannya, pada aku, kita sendiri yang perlu muhasabah diri sendiri sebelum menilai seseorang. Kita sebenarnya jangan terlalu mengharap kita akan dibalas dengan 'bunga sakura' setiap masa. Kadang-kadang 'kopi tanpa gula' tu perlu supaya kita tak rasa kita ni lah yang paling betul setiap masa. Kata-kata ni bukan untuk menghentam orang, tapi sebenarnya untuk diri sendiri juga. "What you give, you'll get back." Jadi, kalau kita buat baik pada sesama kita, Insya-Allah, Yang Maha Esa akan membalasnya dengan sesuatu yang tidak kita duga. Bersangka baiklah sesama manusia. Insya-Allah. Chill.. (^_^)

::..Sebaik-baik sahabat ialah apabila kamu melihatnya, kamu akan lebih mengingat Allah..::

Saturday, 4 January 2014

Hidayah yang terindah.

at 16:01 0 comments
Lantaran masa kian cepat berputar, aku terleka dengan keasyikan dan keseronokan dunia. Ahh..tak ku sangka..setahun sudah berlalu..tapi apa yang telah aku lakukan selama setahun yang Allah berikan padaku ? terkadang kita tidak mengerti, atau buat-buat tak mengerti mungkin tentang apa hakikat kita diberikan nyawa di atas muka bumi ini. Begitu juga aku. Mungkin kerana fikir usia masih muda (mengjangkau 23 tahun masih muda pada kiraanku) dan disebabkan itu aku mencari-cari keseronokan yang insan lain turut dambakan.

Tiba-tiba...dushhhh !!! Aduhh...Ehh..rasa macam dipukul..tapi tak  terasa sakitnya..jadi dimana 'rempuhan' itu berlaku ??? Ohh..rupa-rupanya di HATIKU. Hatiku umpama tersedar yang aku terlalu lama terawang di langit biru hingga lupa memijak bumi yang nyata. Allahurabbi..rempuhan hidayah-Nya ke hatiku yang selama ini lalai..selama ini leka..selama ini mengejar cinta manusia. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..rupa-rupanya Allah masih peduli akan diri ini, masih sayang pada hamba-Nya yang hanyut dalam dosa dan masih memberi peringatan bahawa masih ada ruang taubat untuk hamba-hambaNya yang selalu terleka.

Kalian ingat akan kisah Ahmad Ammar ? pemuda berusia 20 tahun yang jasadnya dimuliakan di Turki satu ketika dahulu ? pemergian beliau buatkan aku terpempan. Bukan sebab aku mengenalinya. Tidak ! Aku langsung tidak mengenalinya. Tapi video pemergiannya membuatkan aku tertanya-tanya kenapa dan mengapa Allahyarham menjadi satu fenomena. Lantas aku mencari dan mencari. Kisah pemergiannya benar-benar buat aku terpana. Allahyarham pergi dalam keadaan penduduk langit dan bumi mengenalinya atas amal-amal yang dia lakukan sepanjang nyawa masih di kandung badan. Tetapi aku ? tetapi aku dimana? dimana kedudukanku di sisi-Nya bila nyawa berpisah dari jasad nanti. Semalaman aku berteleku. Mencari di mana roh ku terbang sebenarnya dan untuk kesekian kali....hamparan sejadah menjadi saksi juraian air mata taubatku.

Aku tersedar..sungguh..Allah masih beri peluang padaku..meskipun berulang-ulang dosa aku lakukan tetapi Allah tak pernah jemu menitipkan secebis hidayah-Nya padaku, selautan kasih dan rahmat-Nya untuk aku kembali ke jalan yang benar,kembali ke sisinya. Dan sesungguhnya aku benar-benar bersyukur. tersangat bersyukur dengan anugerah terindah ini. Dulu, solatku terkejar-kejar, (asalkan buat dah cukup), mengaji pn boleh dikira dengan jari dalam sebulan, tak kira lagi bab puasa yang tak terganti, sedekah yang tak terberi, bla3..Ahhh..malunya aku pada-Mu. Apa dan banyak mana yang amal yang telah aku persiapkan dan yang telah kau terima Ya Rabb ?

Dan kini, aku bertatih kembali..setapak demi setapak melangkah ke arah-Mu. Aku mohon kau redhailah dan berkatilah perjalanan ini. Moga aku tak kecundang untuk kesekian kalinya. Aminn..Dan sesungguhnya tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan pertolongan dari-Mu.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 186 :

(maksudnya ) : " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka ) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk.

 

pena di jari menjadi saksi, luahan rasa di sangkar hati.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting