Thursday, 8 May 2014

Bicara Tentang Hati (Bah. 2)

at 06:29
SAMBUNGAN Bicara Tentang Hati (Bah.1)

   Apa yang aku mampu lakukan bila dia muncul tegur aku..tanpa rasa bersalah, tanpa apa-apa penjelasan..? sungguh..HATI AKU RAPUH, LEMBUT..mudah anggap semuanya ok..mungkin tu sebab kenapa aku selalu jadi mangsa permainan dia. Aku sendiri tak dapat nak keraskan hati aku. Pada aku, biarlah aku yang makan hati, asalkan dia ada. Tapi kehadiran aku? Pernah ke dia hargai? Entah..tak berani nak persoalkan. Takut menangis lagi kot.

   Dan pasal gadis tu, aku sampai sekarang tak boleh nak hadap muka gadis tu. BENCI ? tak.. Aku tak benci gadis tu. Tapi aku tak nak langsung tengok mukanya. Bila aku tengok gadis tu, aku akan salahkan gadis tu dalam keretakan ‘HUBUNGAN’ aku dengan dia. Meskipun aku dan berusaha untuk berbaik dengan gadis tu, aku mencuba..bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali yang akhirnya aku menyerah sebab aku tahu aku tak merasai ikhlas untuk menerima keadaan yang berlaku. Aku tahu, dia dah tak rasa apa yang aku rasa, perasaan dia pada aku dah pudar. Bukan setakat PUDAR, tapi mungkin dah HILANG terus dari hati dia..mana tahu kan..?? Satu perkara yang aku akui, sejak aku dengan dia. Aku tutup pintu hati aku pada orang lain meskipun ramai yang mencuba. Bodohnya aku kerna terlalu YAKIN dengan ‘sayang’ yang dia berikan. Selalu aku TANYA SAMA HATI, betul ke aku masih berharap..dan jawapannya aku selalu buntu. Aku sendiri tak tahu perasaan aku. Sakit..sakit sangat rasanya. Tapi, adakah dia peduli ? Yang paling jelas dan nyata, dia tak akan like atau komen pada post-post aku di FB. Tapi kalau post2 gadis tu, mmg xlekang la nama dia yang jadi pengelike setia. Tak puas hati ? Tak..aku xrasa gitu.. cuma aku tertanya..kenapa aku..aku..dan aku..? 

   Kadang-kala aku rasa ingin mengintip takdirku..supaya aku tak kecewa di kemudian hari. Tapi aku tahu, Tuhan merahsiakannya..agar aku berusaha mencipta takdir yang indah..seiring dengan kemahuanku dan yang paling penting, dengan keredhaan-Nya.

   Sungguh sekarang aku semakin menerima keadaan yang berlaku..dah lama ku pujuk hati..semuanya dah berakhir. Walaupun kadang-kadang aku rasa aku masih ada harapan. Tapi dia selalu sedarkan aku…HARAPAN tu cuma ANGAN-ANGAN tak mungkin akan jadi KENYATAAN. Walaupun aku kecewa dengan apa yang berlaku..tapi entahlah..ada sesuatu yang tak terungkap dengan kata-kata. Sesuatu yang menyebabkan aku setia menerima dia seadanya walaupun dia hancurkan hati aku dengan kejam. Dalam situasi macam ni, aku tak pasti sama ada aku ikhlas atau tak dengan penghujung kisah ini. Sedih, pilu, kecewa..tapi reda dan pasrahnya entah dimana. Selalu aku berdoa agar diberi kekuatan….untuk melupakan segalanya. Tapi mungkin itu ujian yang Tuhan bagi, sama ada aku mampu atau tidak dan hakikat sekarang..MAAFKAN AKU. AKU TAK PEMAAF SEBEGITU. Biarlah dia dan gadis tu nak cakap aku itu ini..hakikatnya itu aku. Hipokritnya aku biarlah aku yang faham sendiri mengapa.

   Dan untuk dia, bila ditanya kenapa aku masih setia disini..aku nak dia tahu..ada sesuatu yang masih belum selesai. Perjalanan kita di UPSI ini masih panjang dan aku masih pegang janji dia di awal perkenalan dulu, jadi teman sepanjang kita di sini. Kalau dia lupa, takpa..aku maafkan..:) dan untuk gadis tu, kenapa aku taknak hadap+bertentang mata dengan kau, bukan kerana aku terlalu bencikan kau,,tapi aku nak jaga hati aku dari terus menyalahkan kau..biarlah aku tak jumpa gadis tu lagi kalau tu cara untuk aku senangkan hati semua pihak.

   Untuk dia, kenapa aku persoalkan tentang ‘tanggungjawab terhadap apa perbuatan yang kita lakukan’, sebab ada perkara yang kita tak boleh abaikan di dunia. ‘Benda’ tu akan dipersoalkan di akhirat atas tiap-tiap perbuatan yang kita dah lakukan. Aku tersentap bila ada kawan yang cerita pasal dunia akhirat pada aku tadi. :’(  Dulu aku fikir, lepas lupakan segalanya, aku akan tenang tapi nyata aku silap, kesilapan lalu menghantui aku..hari demi hari..saat demi saat..sampai aku lemas,aku penat. Aku harap dia tenang, baik-baik saja kt sana.


   Banyak sebenarnya yang aku nak dia tahu. Tapi aku yakin, dia pn tak pernah berusaha nak amik tahu pasal apa yang aku rasa. Terkadang aku selalu menyalahkan diri sendiri dengan ape yang terjadi. Tertekan. Kenapa jd mcm ni? Ape salah aku smpai jadi gini? Tapi takpelah. Yang pasti, dia dah pergi dan lepas dia pergi tinggalkan aku sendiri mcm ni. Aku dah SIMEN pintu hati aku. Sejak dia pergi, tak pernah ada pengganti dan tak mungkin ada. Dan dengan siapa JODOH aku, aku pn tak tahu. Serik rasanya nak bagi peluang pada yang sudi menjadi pengganti. Biarlah aku disini. Sampai masa aku akan pergi, tanpa pamitan, tanpa pesan. Dan tika waktu tu jika dia rasa aku masih untuknya, doakanlah semoga ada jodoh antara kita. Jika tak,…MATILAH ENGKAU DALAM HATIKU.
 

pena di jari menjadi saksi, luahan rasa di sangkar hati.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting