Thursday, 21 August 2014

Gossip Hangit lagi Melekitttt...

at 00:10 0 comments
Assalamualaikum w.b.t..

   Dear diary...i miss u..
        Rindunya aku padamu wahai sang diari hati..banyaknya cerita yang masih tak terluah padamu..hanya kau tempat aku berkongsi rasa. Sang diari,, kau tahu..sepanjang minggu praktikal yang telah aku lalui, minggu ni minggu yang paling menguji ketahanan jiwa dan mentalku. Sedih, Marah, Kesal, semuanya aku rasakan kala ini.

       Kisahnya bermula minggu lepas, bila pihak sekolah wajibkan kami sertai perkhemahan untuk pelajar dan guru praktikal ditugaskan di kem tu. Dan aku, bertugas sebagai sentri. Maksudnya kena jaga student pada waktu malam. Jadi malam pertama kem tu berlangsung, aku telah berjaya menjalankan tugasku dengan jayanya. Dan tragedi ini bermulaaaaa...pada hari kedua, yang mana pagi tu kami ade jungle trekking. Aku adalah cikgu perempuan yang paling lambat, tu pun sebab ade masalah teknikal yang sangat3 tak dapat dielakkan. Jadinya aku berada di barisan yang paling belakang, dan belakang aku ade beberapa cikgu lelaki lain. Keadaan aku masa tu telah menghalang aku untuk berjalan dengan cepat. Jadinya, adalah seorang cikgu lelaki who still bachelor and available yang stay belakang sekali. Yela, takkan ckgu tu nak biarkan aku tertinggal sorang-sorang pulak kan. Mau aku nanges guling-guling dalam hutan tu.

       Dan sepanjang perjalanan tu kami ade la jgk borak-borak, tp mase tu dy peramah sangat ( sebab aku dengar cikgu ni xrajin bercakap dengan orang baru, lagi-lagi cikgu praktikal). Sungguh aku berterima kasih la pada dia sebab ada stay blkg aku as a protector..h0hoho.. Tapi, entah macam mana, aku diGOSIPkan pulak dengan dia. Berdasarkan cerita yang aku dengar, masa sampai kat satu kawasan lapang untuk berkumpul, student kami cakap ' Cikgu S, jaga Cikgu Umi tu baik2' dan dia ade buat respons yang orang laen tak pernah terduga. Aku memang xtahu la sebab masa tu aku tengah terkial-kial nk turun bukit dan dia still kat atas bukit (belakang aku)..Kannnnn...punyela protect aku..choiii...DAN disebabkan peristiwa tu laa aku dikatekan bercinta atas trek dengan cikgu tu..Ohhhh my goshhhhhhh !!!!

     Kami merupakan team yang paling lewat sampai ke kem.. Tu pun disebabkan ad student injured n sakit perut..kami yang belakang2 ni jalan slow la untuk cover diorang. Sesampai kt kem, aku terus masuk chalet tuk mandi n tukar baju memandangkan kami semua dah bergelumang dengan lumpur. Lepas siap semua baru aku keluar andddd....mase tu la aku da tahu yang SATU KEM heboh pasal cikgu S vs cikgu Umi...adoiiii....dan ini berterusan sampai habisnya kemmmmm...hhuhuhu..

      Aku ingat bile da habis kem, da mula sekolah, semuanya dah senyap dan tamat tapi sesungguhnya sangkaanku MELESET. Cikgu-cikgu lelaki dan perempuan terus gosipkan kami. Student xyah cakapla..asal jumpe aku je tny, 'cikgu S mane cikgu?' stresssssssss tahuuu??? erghhhhhh...

      Dan tadii..mase perhimpunan kokurikulum awal pagi, cikgu S datang dengan kepala yang botak..agaknye malam tadi la kot dy cukur kepala dy tu..Ahhhh...ape aku kisahkan..tak kena mengena ngan aku pun,..huhuhu..tp yang tak bestnyaa...masuk staffroom,,ckgu2 lelaki terus mengusik kate cikgu S tu bayar nazar sebab da jumpe jodoh....Astaghfirullah....aku hanya mampu geleng kepala je...pening kepala aku dengan semua ni...alahai...bile lah nk tamat semua gosip ni...kalau betul2 takpe la jugak kan..ehhhhhhhh..gatal ko yumie :3 :3

     Nanti 30 Ogos, InsyAllah akan hiking ke Gunung Nuang pulak..tak sabar rasanya..Harap mase tu gosip ni tak dimarakkan lagi sebab aku dengar cikgu tu pun pergi jugak..huhuhu....haaa...ni adalah antara gambar masa kem PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM SMK SULAIMAN 2014 yang diadakan pada 15-17 OGOS 2014 di Kuala Lurau Champ & Chalet (KLcc) Janda Baik, Pahang.













 

pena di jari menjadi saksi, luahan rasa di sangkar hati.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting