Friday, 9 May 2014

Semester 6 sudaa..

at 18:48
Assalamualaikum...

   Semalam, 8 Mei 2014 slip exam da dikeluarkan..tadaa..This is the slip :)


   Sedar tak sedar, masa cepat meninggalkan aku. Rasanya macam baru semalam segerombolan family hantar aku ke UPSI ni masa hari pendaftaran 7 September 2011 dulu. Terbayang-bayang lagi ayah, abang, angah, cidot, iwan, intan, emy and ibu tersayang angkut barang2 ke tingkat 2 Kolej Ungku Omar yang lama dulu. Masa tu, perasaan aku teruja sangat. Yelah..mulakan kehidupan sebagai seorang siswi dengan HARAPAN keluarga pada aku memandangkan aku wakil pertama yang berjaya masuk universiti. Suka, Gembira. Teruja. Semua bercampur baur.

   Tapi tu dulu..sekarang dek rentetan masa yang kian laju berputar, hari 'pertama' aku sebagai siswi tu dah berlalu hampir TIGA tahun dan aku pun sekarang dah 23 tahun. Umur pun da meningkat..huhuhu..Btw, exam kali ni adalah kedua terakhir sebelum aku akan menghabiskan sesi menuntut ilmu dan pengalaman di bumi Muallim ni. SEMESTER 6 ! dan selepas ni Insya-Allah aku akan berpraktikum pulak. Kemudian masuk UPSI semula utk semester 8 --> FINAL YEAR !!!

   Alhamdulillah..sepanjang aku kat sini, banyak sangat kenangan,pengalaman,erti hidup yang aku lalui  yang suka,duka,gembira, frust tertonggeng2. Semua ada. Allah bagi aku kesempatan untuk merasainya. Syukur sangat3. Tapi seiring masa berlalu, semangat aku turut melayang dibawa arus masa. Semangat nak belajar tak lagi seteguh dulu. Seringkali terhakis dek perasaan2 yang lagha,yang aku sendiri TAK berusaha nak atasinya. 

   Aku harap,aku masih mampu merubahnya.. :( Aku selalu leka sampai aku lupa aku 'pikul' harapan mereka yang nak tengok aku berjaya and then ubah kehidupan kami. Terlalu banyak pengorbanan wang ringgit, perhatian dan kasih sayang yang mereka dah curahkan pada aku. Tapi aku kat sini, masih terumbang-ambing cari diri sendiri sedangkan masa dah lama 'membunuh' aku. Cuma untuk peperiksaan kali ni, aku harap aku mampu berusaha dan sediakan senjata yang ampuh untuk 'memeranginya'. Moga ada restu dan keredhaan ibu,ayah dan ahli keluarga aku yang lain yang jadi semangat aku disini :)



1 comments:

Finn said...

Hello :) Maybe tutorial yg akak try hari tu dah tak menjadi kot. Sorry. Tapi I wonder why sy buat menjadi je. Hehe.

Post a Comment

 

pena di jari menjadi saksi, luahan rasa di sangkar hati.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting